4/29/2011

Penyelam Temui Harta Karun Jutaan Dolar

SANTO DOMINGO - Kira-kira 700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik Dominica, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

SEBAHAGIAN duit syiling dan harta karun yang ditemui oleh kumpulan penyelam Deep Blue Marine

Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.

Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.

"Kami bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden Deep Blue Marin, Randy Champion.

Kebanyakan duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.

Menurut Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi.

Bangkai kapal itu kini dipenuhi pasir dan terumbu karang. 

Sukan Arnab Melompat Kian Popular

JENA, Jerman - Pertandingan arnab melompat melepasi pagar kini menjadi sukan baharu yang digilai di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Mula diperkenalkan di Sweden pada awal tahun 1980-an, acara yang dikenali sebagai Kaninhop itu memerlukan arnab-arnab melompat melepasi halangan yang terdiri daripada pelbagai saiz serta ketinggian.

SNOPPY melompat satu halangan di sebuah kelab Kaninhop di bandar Jena, jerman

Seekor arnab berwarna putih hitam bernama Snoopy dari bandar Jena, Jerman merupakan bintang di kelab Kaninhop tempatan.

"Snoopy boleh melompat setinggi 60 sentimeter. Ia juga hebat dalam pertandingan dengan pernah menduduki tempat kedua dan ketiga," kata pengasas kelab Kaninhop di Jena, Claudia Fehlen.

4/24/2011

Streamyx buat hal...

Assalamualaikum.. dah 2 minggu tak dapat nak post, akibat masalah yang melanda streamyx, terpaksa ke CC untuk urusan yang penting. apa2, anak2 arnab dah bertambah, hampir mencecah 100 ekor dari usia sehari hingga 40hari. setakat ini dulu.

wassalam

4/14/2011

FA IZAA 'AZAMTA FATAWAKKAL 'ALALLAH..

Khas buat suami yang dirindu..
Teruskan perjuanganmu..
Walaupun ayang berjauhan dari abang...namun, ayang sentiasa mendoakan kejayaan abang..
Jangan patah semangat untuk terus berjuang..
Ayang yakin, abang seorang yang bersemangat tinggi..
Abang punya banyak perancangan..teruskan menggapai impian tersebut..
Insya Allah..abang boleh berjaya..Yakinlah!!
Ayang sentiasa menyokong usaha abang..

Jazakallah untuk suami tercinta

Buat suami tercinta..Ahmad Syukri..
Juga Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3
Terima kasih atas segalanya..
Kenangan yang terindah dapat dilalui bersama sempena anniversary ke-3.Kalau sebelum ni, time anniversary, suami tak dapat bersama,tapi kali ni, alhamdulillah, rezeki Allah Taala beri utk kami 3beranak berkumpul..
Alhamdulillah dah berjaya isi borang tukar ke Terengganu..buat shbt2..doakan saya berjaya ditukarkan ke Terengganu,tempat tinggal suami tersayang..doa shbt2 ni, berkat..
Sungguh perit berjauhan..lebih2 lagi dlm keadaan tengah sarat begini..Hanya Tuhan Yang Tahu..suami tiada di sisi menemani..
Terima kasih skali lagi buat suamiku..
Waktu beliau datang melawat saya mggu lepas, kebetulan tengah demam teruk..mujur ada suami yang menemani..rasa cepat jer sihat..
Mungkin itu lah yang dinamakan demam rindu..
Setiap kali berjumpa suami tersayang,rasa nak rebut sebanyak mungkin pahala, berkhidmat utk suami dsb..Syukurlah..setakat kemampuan yang ada, dapat ku berkhidmat utknya suamiku tercinta..

4/11/2011

Ulang tahun ke- 3

Alhamdulillah, hari ni kiranya ulangtahun ke-3 perkahwinan dengan isteri tercinta, anak sulong  "Amer Fuhairah" sudah masuk 2 tahun, dan sedang menunggu kelahiran anak yang ke 2, insyallah dalam bulan jun nanti, bertambahlah ahli keluarga kami. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Isteri tersayang "Tuan Maznah binti Tuan Abdullah" yang bertugas di Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, walaupun tengah sarat mengandung dan berjauhan dengan suami, masih lagi bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan aktiviti seharian.

1April lepas dah start isi borang nak bertukar ke kuala terengganu, ini kali ke 5 dah mintak tukar, tapi belum ada rezeki lagi. Harap2 kali ni dapat lah. mohon sahabat2 yang ada disini, mendoakan permohonan ini berjaya.

Macam mana nak kekalkan dan tambah rasa sayang antara suami dan isteri?:
Kepada suami @ isteri, cuba pejam mata dan rehatkan fikiran, cuba bayangkan yang isteri @ suami kita itu sudah siap dikafankan dan kita menangis, meronta dan merayu, meminta Allah taala supaya isteri @ suami kita itu dihidupkan semula, walaupun sehari, untuk kita sayang/ kasih/cinta kepada isteri @ suami kita itu. Kita bayangkan yang permintaan kita itu tidak ditunaikan oleh Allah taala, kita kecewa, menyesal dan kesal kerana tidak dapat bertemu isteri @ suami kita yang dihidupkan semula.

Selepas itu, kita buka mata kita, kita lihat isteri @ suami kita rupanya masih hidup, masih sihat dan berada dihadapan kita... maka terus dan teruslah kita mengasihi si dia.

Selamat ulang tahun ke-3 buat isteri tercinta "Padahal dia yang sms kita tadi, kalau tak tak ingat jugak..hehehe"
wassalam.

Baru pulang menziarahi pusara sahabat...

Alhamdulillah, rutin berulang (2minggu/3minggu sekali) ke kuala lumpur menjengok isteri yang bertugas disana, diisi dengan menjelajah ke Melaka dan Johor. Pada 3 Mei 2010, seorang sahabat yang karib lagi rapat telah kembali ke rahmatullah, akibat kemalangan jam 5.30 pagi, dari bertemu isteri yang bertugas di sabak bernam untuk ke tempat kerja di Seremban. Usia perkahwinan baru menjcecah 5 bulan, tetapi Allah taala lebih menyayanginya lebih dari isteri tercinta.

3 Mei 2011 ini genap setahun sahabat Mohd Syafiq Masduki pergi bertemu ilahi. Itulah lumrah kehidupan yang hidup pasti mati, tiada yang kekal melainkan Allah Robbulizati. Bermula ke Melaka Bandar bersejarah, menziarahi isteri arwah yang sebelum ini mengajar di Sabar bernam.
Gambar Kereta Arwah Syafik yang Kemalangan di Sabar Bernam, setahun yang lepas. 

Kemudian ke Batu pahat, menziarahi pusara Arwah, kali pertama menziarahi pusara arwah, sebelum ini tidak berkesempatan untuk menziarahi, tetapi sempat melihat jenazah arwah sebelum di semadikan pada 3 mei 2010 yang lalu. Sayu, gerun dan bimbang apabila berada dipusara, sayu melihat sahabat yang pergi dahulu dari diri ini, gerun dan bimbang memikirkan diri ini yang masih kurang persediaan untuk menempuh alam baqa'.

Sempat jugak mencelah ke kilang kerepek borong 10-15 kg, kemudian ke Rengit gi tengok tempat orang jual barang Second hand dari singapore... menarik jugak barang2 yang ada.

Penat drive melebihi 1200km masih belum hilang lagi ni, dari k.terengganu ke kuala lumpur, dari kuala lumpur ke melaka dan johor, kemudian balik semula ke kuala lumpur menghantar isteri tercinta, dan terus pulang ke kuala terengganu..

Alhamdulillah dan terima kasih kepada isteri tersayang, penat memandu jauhpun berbaloi, dapat isteri yang pandai dan rajin mengurut ni, buat suami rasa ceria sokmo... walaupun tengah sarat mengandung, tanggungjawab tetap diutamakan... terima kasih sekali lagi buat isteri tercinta..

4/06/2011

Makanan: Utamakan aspek halal, selamat

KUALA LUMPUR, 5 April: Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan diingatkan agar mengutamakan aspek halal, keselamatan dan mutu makanan dalam meluluskan makanan untuk orang ramai di negara ini.

Ingatan tersebut sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh kementerian itu dalam usaha mengemaskinikan lagi undang-undang mengenai pemakanan yang membawa kepada pembentangan satu lagi rang undang-undang baru yang dinamakan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman ketika mengingatkan perkara itu berkata, dengan pengenalan rang undang-undang itu diharap akan menyedarkan lagi Kementerian Kesihatan bagi menjadikan negara sebagai halal hub untuk menentukan kehalalan makanan yang diluluskan.

Menurut beliau, selain itu, penekanan ke atas makanan dan minuman kesihatan juga perlu dilakukan bagi menjamin makanan dan minuman itu benar-benar bermanfaat kepada orang ramai.

Katanya, antara contoh makanan dan minuman yang dimaksudkan itu termasuklah Tongkat Ali dan minuman lain yang dikatakan 3 dalam 1 yang dikatakan berkhasiat, tetapi dibimbangi semakin lama digunakan akan menjadikan seseorang itu makin kurang sihat.

"Jadi dengan pengenalan rang undang-undang baru ini diharap juruanalisis makanan itu dapatlah menyiasat perkara itu bagi mengesahkannya untuk kepentingan orang ramai," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan agar dengan pengenalan rang undang-undang itu, juruanalisis yang dilantik itu akan turut memainkan peranan dengan baik dalam memastikan makanan yang diproses dan dikeluarkan oleh pihak-pihak terbabit itu dihasilkan dengan cara yang betul dari sisi syarak dan terjamin dari bahan-bahan merbahaya.

Antara penghasilan yang dimaksudkan itu, katanya termasuklah susu.

Beliau turut berharap agar juruanalisis yang dilantik itu benar-benar berkemampuan, di samping turut diberikan peluang bukan sahaja kepada pihak tertentu sahaja, tetapi juga NGO-NGO Islam dan lulusan IPTS.

Selain menekankan tentang makanan manusia, beliau turut berharap agar rang undang-undang tersebut turut menekankan analisis bagi makanan haiwan untuk membekalkan makanan yang baik, bermutu dan terjamin bagi haiwan.

Namun menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan profesionalisme dan pengalaman juruanalisis yang akan dilantik dan didaftarkan yang dinyatakan dalam rang undang-undang itu, beliau mempertikaikan tentang tindakan yang akan dikenakan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perrcanggahan tindakan atau hukuman yang akan dikenakan antara mereka yang menjalankan kerja itu tanpa pendaftaran dengan mereka yang menjalankan kerja tersebut dengan pendaftaran atau perlantikan walaupun kurang pengalaman.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika berucap membahaskan rang undang-undang itu turut menekankan pihak kerajaan agar lebih mengutamakan profesionalisme juruanalisis makanan yang dilantik itu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat antara lain berkata, dari sudut falsafah, beliau menyokong pengenalan undang-undang itu kerana ia akan membekalkan kepada rakyat makanan yang mencukupi dan bermutu dan terjamin dari segi agama, mutu dan keselamatan.

"Meskipun baik dari sudut matlamat. Tapi ia akan membina birokrasi, akan membengkakkan lagi birokrasi kerajaan kerana rang undang-undang ini sendiri bermatlamat hendak menubuhkan majlis," katanya.

Sementara Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika mencelah mempertikaikan rang undang-undang tersebut kerana tidak terdapat akta yang komprehensif mengenai makanan yang diimport dari luar negara bagi memastikan makanan tersebut terjamin dari segala segi.

Solat dalam sudut sains


Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.

Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.

Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.

Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.

Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.

Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. UM/-

4/05/2011

Gempa bumi kuat landa Jawa Tengah

PENDUDUK berpusu-pusu pulang ke rumah selepas amaran tsunami ditarik balik di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.

BOT nelayan terdampar di tepi laut apabila nelayan menghentikan sementara aktiviti mereka akibat gempa bumi di Cilacap, Jawa Tengah, semalam.
JAKARTA: Satu gempa bumi kuat melanda Jawa Tengah awal pagi semalam, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami awal yang menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi.

Tiada laporan menyebut kecederaan atau kerosakan.
Berikutan amaran tsunami terbabit, kebanyakan penduduk di Cilacap berhampiran dengan pusat gempa melarikan diri ke masjid besar.

Bagaimanapun penduduk terbabit kembali bersorak dan berpelukan antara satu sama lain malah ada yang melutut tanda syukur selepas amaran gelombang besar berkenaan ditarik balik.

“Kami semua amat takut selepas melihat apa yang berlaku di Jepun dan juga di Aceh pastinya.

“Tetapi Tuhan mendengar doa kami dan menyelamatkan kami,” kata Sukitno seorang penduduk.

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi sekuat 6.7 skala richter yang melanda pada jam 3 pagi berkenaan berpusat 318 kilometer di selatan Jawa dan 24 kilometer dari pentas lautan.

Jepun dan Indonesia terdedah kepada ancaman gempa bumi berikutan kedudukan kedua-dua negara di lokasi Lingkaran Api Pasifik. – AP

4/04/2011

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanan
 
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan 


i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z


i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

Sembelih enggang, lima askar digantung tugas

Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau di Bagan Datoh, di Shah Alam hari ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.

Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.

Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.

Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.

Kereta Emas.

Sebuah kereta INFINITI yang disadurkan emas dipamerkan di sebuah kedai emas di Nanjing, ibu kota provinsi Jiangsu, timur China pada 31 Mac lalu. Ia memakan masa empat bulan bagi lima orang tukang kedai emas itu untuk menyadurkan emas pada kereta INFINITI ini.

Spiderman Cipta Rekod

Spiderman dari Perancis, Alain Robert berjaya memanjat Burj Khalifa, Dubai, menara tertinggi dunia pada 28 Mac 2011. Yang berbeza dengan pengalamannya sebelum ini, Alain tidak ditahan oleh polis kerana beliau diundang oleh Burj Khalifa jadi perbuatannya tidak salah.

Alain Robert, 49, dikenali Spiderman, berminat memanjat sejak berumur 12 lagi. Beliau pernah berjaya memanjat Menara Kembar Petronas di KL, Menara 101 di Taipei, Menara Eiffel dan Empire State Building New York.


Menara Khalifa, dengan tingginya 828 meter merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Ia juga satu-satunya bangunan yang ketinggiannya melebihi 800 meter di dunia sekarang ini.
 

Projek sangkar II

Assalamualaikum... sehari dua ni, ibu arnab semakin bertambah, tak sempat nak snap  gambar n letak dalam sini.. apa2pun kita sambung berkenaan dengan projek sangkar ni...

Membina sesebuah sangkar memerlukan peralatan yang lengkap dan berfungsi sebaik mungkin, bagi tujuan mempercepatkan proses membuat sangkar, sangkar nampak cantik dan kemas, kos dapat dijimatkan, dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Berkenaan penjimatan untuk membuat sangkar arnab ni, ada sesetengah kita menggunakan jaring yang murah, peralatan yang murah, kononnya mahu berjimat, tetapi lepas sebulan dua, jaring nya putus, berkarat, dan macam2 masalah akan timbul. 
Peralatan yang digunakan mestilah tahan lama, kukuh, dan mudah diuruskan. ada yang beli peralatan yang murah, tetapi sekejap sahaja berkarat, tumpul, dan rosak, alatan yang tidak sesuai digunakan menyebabkan kita menggunakan banyak tenaga untuk siapkan sangkar. 
Sarung tangan salah satu peralatan yang penting untuk berurusan dengan jaring yang tajam, perlu sarung tangan yang tebal dan selesa bila digunakan. 
Pemilihan cutter/gunting jaring perlulan sesuai, tak apa mahal sedikit kita beli, asalkan tahan lama, tajam dan tidak mudah berkarat. Kita suka memilih yang murah, tapi bila digunakan, cepat tercabut skru dia, mudah tumpul dan sukar untuk menggunakannya, banyak tenaga diperlukan jika cutter yang diggunakan tidak sesuai.
Pengikat antara jaring, ada yang menggunakan dawai halus, ada menggunakan klip aluminium, ada menggunkan cable tied. setakat yang kami buat di taman arnab ni, penggunaan cable tied adalah yang paling cepat, mudah dan ringkas. Ada yang mngatakan ianya tidak tahan lama dan mudah putus. walaubagaimanapun, jika menggunakan cable tied yang kukuh dan agak berkualiti, insyallah dapat bertahan lama. Yang penting mudah berurusan dengan cable tied ni. 
Pita pengukurpun penting jugak, nak buat apa lagi, ukur jaring mengikut kehendak kita lah, tak payah ulas panjang2lah bab ni.
 Safety boot, hahaha, tak adalah nak pakai safety boot, orang Dosh tak mari check nya, inilah safety boot yang serba guna ni, tapi setakat ni nak handle jaring, kena pakai benda ni, alhamdulillah, selamat, ringan dan selesa untuk berkerja. Depan dia cover penuh, kalau jaring tu termelanting ke, selamat lagilah dari calar balar. 

Apa yang paling utama ialah jaring, kena pilih yang berkualiti sedikit, arnab ni makhluk Allah yang ganas dan suka mengigit, kalau pakai yang kualiti murah dan rendah, cepatlah jaring2 tu rosak atau terputus. Kat taman arnab kami, kami gunakan jaring saiz 1/2 in X 1/2 In, gauge 18. atau 1/2in X 1in, gauge 18.

Insyallah, jika taman kami dah penuh dengan sangkar2 dia nanti, kami akan buka untuk ambik tempahan buat sangkar. Insyallah kami mengutamakan kualiti dan harga berpatutan.Tunggu... yer..

4/02/2011

Smallest Monkey in the World

These primates belong to the family Callitrichidae, species Cebuella and genus C. pygmaea.

Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World
source
Smallest Monkey in the World

Racing on hovercraft

Race on the courts hovercraft! Principle Race – ring Route, part of the route by land, part on the water! Who was the first, he and Dad! Even the Federation exists: The World Federation of hovercraft. In the Federation consists of representatives of 27 countries.
The program of the Championship races carrying hovercraft in different classes: Formula 1, 2, 3, 35, S, 50 & Juniors.
racing on hovercraft
racing on hovercraft
racing on hovercraft
racing on hovercraft
racing on hovercraft
racing on hovercraft
racing on hovercraft
racing on hovercraft