7/06/2011

Jualan daging arnab, mula mendapat sambutan.

Alhamdulillah, seminggu dua ni, ada permintaan daging arnab dari sahabat2, walaupun dalam kuantiti yang kecil, ia mulai bercambang, arnab2 jantan dewasa yang belambak kat reban tu, menunggu masa jer untuk disembelih. setakat hari ni, masih belum berani untuk ambik tempahan dari restoran, peniaga sate, atau mana2 hotel yang berminat dengan daging arnab ni, sekadar linkungan kawan2 dan anak beranak jer dulu... visi dan misi Taman Arnab masih jauh, " Menjadi pembekal daging arnab dipantai timur", apa2pun, komitmen perlu diteruskan, semangat sentiasa dijana, maklumat dan ilmu penternakan arnab perlu ditambah lagi, sokongan kawan2 dan sanak saudar masih ditagih.

Berniaga dalam bidang penternakan ni, selepas 3 tahun baru boleh bercakap pasal untung ke rugi, dalam 3 tahun pertama ni, masa untuk buat pelaburan, sekiranya 3 tahun pertama ni, kita dapat bertahan. insyallah kita boleh berjaya.

Kehabisan bekalan anak arnab

Assalamualaikum... buat masa ni, taman arnab keputusan bekalan anak arnab, yang menjadi permintaan ramai. selepas tragedi diserang kucing liar sebulan lepas, ibu2 arnab menjadi tidak produktif, sama ada takut ke bimbang nak beranak lagi ke. Wallahualam. apa2 pun, dalam sebulan dua ni, adalah kelahiran baru, insyallah.