1/09/2014

SANGKAR ARNAB UNTUK DIJUAL.

Assalamualaikum... sudah lama tak menulis disini. Selepas 3 tahun lebih bergiat dalam bidang arnab ni, kini masa untuk berehat telah sampai. Akibat kekangan masa, sering outstation, dan terfikir nak buat aktiviti lain, selain dari arnab ni, maka saya nak offer siapa2 yang berminat nak beli sangkar arnab.

Sayang sebenarnya nak letgo semua sangkar2 ni, sebab hasil titik peluh sendiri, beli, reka n bina sangkar2 ni, tapi akibat kekangan2 yang ada, kene let go jugak lah.

Sangkar Arnab untuk dijual.
200+- biji..
90% siap dengan nipple.
25% siap dengan feeder zink.
Jaring dengan kualiti yg baik, tebal dan kukuh.
Saiz sangkar 2kaki x 1.5kaki.
Panjang setiap baris 10 kaki, (ada 19 baris).
Setiap baris ada yg 7 @ 8 sel.
Harga lelong satu sel Rm15 (siap dgn nipple).
Harga borong semua sekali Rm2500 (masih boleh dirunding).

Semuanya masih dalam keadaan yang baik. 









Jika ada yang berminat, boleh hubungi syukri 013-980 5251. Lokasi ni, di Kg Pengadang Baru, Jalan Kepong, Kuala Terengganu. 

5/14/2013

Lagi 17 Kg daging Arnab Untuk Pelantar Minyak

Jumaat lepas dapat tempahan 17Kg daging arnab segar untuk katering pelantar minyak kawasan Kertih.

Lawatang Adik-adik Dari Sek Men Kg Laut Untuk Projek Geografi

Alhamdulillah.. 2 bulan lepas ada adik2 dari sek men kg laut kuala terengganu datang melawat ke ladang arnab kami.. baru nak upload gambar...

 Pelajar putra sedang usha2 arnab.
 Yang putri tak berhenti bertanya, sampai nama arnab pun diorang tanya.
 Sedang menjamu selera, licin adik-adik ni hirup sup arnab.
Segar dari ladang, siap untuk dimasak sup.
8kg daging arnab dijadikan mi sup arnab, untuk menjamu adik2 yang datang melawat ladang arnab kami.

Daging Arnab Kami Naik Pelantar Minyak Kertih


Assalamualaikum... lama tidak menulis dalam blog arnab ni, alhamdulillah ladang arnab beroperasi macm biasa, cumanya tidak ada kesempatan untuk menulis dalam blog ni.
Sejak beberapa bulan ini, ada pembekal makanan ke catering pelantar minyak di Kertih mendapatkan bekalan daging arnab segar dari Ladang Arnab Fuhairah. Hampir 45 Kg setakat ini... Alhamdulillah  satu perkembangan yang baik untuk Ladang Arnab Fuhairah... insyallah dari masa ke semasa, permintaan daging arnab di Terengganu akan bertambah dari masa ke semasa.

4/14/2012

HOME MADE RABBIT FEEDER..

Alhamdulillah... cubaan untuk membuat bekas makan arnab sendiri berjaya juga akhir nyer... setelah dicuba berulang kali. Walaupun tak cantik, tetapi tetap berfungsi dengan jaya nya.


 baru siap 10... ader lagi 25 biji dalam proses nak disiapkan... dah pasang kat sangkar dalam 15 biji, ini misi ke2 untuk siapkan 35 biji lagi.