2/16/2011

Mereka yang tidak pernah berpanas, tidak tahu nikmat berteduh...

Ramai yang nak berjaya dengan jalan singkat, tapi nikmatnye kalau berjaya dengan jalan yang berliku-liku, penuh dengan cabaran, dugaan dan halangan ( tukar halangan tu dengan cabaran). Alhamdulillah fasa pertama reban arnab  akan berjalan dengan lancar, walaupun lama terbengkalai, akibat banjir yang teruk pada bulan disember 2010 dan awal januari 2011 baru-baru ini. Dengan air mencecah paras lutut, tidak tahu nak uruskan macam mana, terpaksa tunggu air surut, barulah dapat meneruskan kerja, memasukkan pasir ke dalam reban, untuk meninggikan sehingga satu kaki.

Walaupun banjir sudah reda, hujan pun tak berapa nak turun dah, tanah laluan untuk lori bawa pasir dah kering, pagar dan siap dibuka, laluan dan siap ditambun, tiba2 datang plak satu lagi cabaran. Tuan tanah untuk laluan lori pasir  (jiran yang baik hati) tidak benar lalu plak, dia tak bagi sebab takut simen yang baru diturap pertengahan bulan disember lalu, pecah dan rosak. kami berjanji akan menggantikan semula simen tersebut sekiranya pecah (duk tengok lori dia ok jer duk atas simen tuu), tapi tetap tidak dapat,. itu sahajalah satu2nya laluan paling dekat untuk kami bawa masuk pasir ke dalam reban.

Bila dah jiran yang budiman itu tidak benarkan, kami redho ajerlah,dah hak orang tak kan kita main redah jer (kamipun ada akhlak berjiran jugak..!!!). Asalnya, tanah yang kami gunakan untuk dijadikan kawasan ternakan arnab itu, milik bapa jiran tersebut, yang telah dijual semasa zaman kemerosotan perniagaannya pada ayah kami (sekarang ni, bapanya dah selang lenang), kami plak tak dapat nak lalu (Jual tanah kat orang, lepas tu, orang nak usahakan tanah tu, tak diberi laluan, suruh cari laluan lain yang lagi sulit dan jauh). Jadi, dengan semangat yang membara (nak EX sikit, susah or macam2 halangan sekalipun kami nak teruskan jugak, sampai berjaya).

Jadi bila dah lori pasir tak dapat masuk, kenalah parkingkan pasir tu kat depan rumah, lepas tu kena angkut dengan kereta tolok/kereta labi. Fuhhh... bukan kerja mudah tu, kene lepas 2 longkang, keluar pagar masuk pagar, laluan yang berliku dan sempit. Cuba bayangkan, 1 lori pasir, kami perlu ulang angkut 180 kali untuk habiskan pasir tu. dan kami memerlukan 6 lori pasir 1tan untuk penuhkan reban kami itu.  2minggu masa diambil untuk selesaikan sesi angkut mengankut ni. Terpaksa jugak mengupah seorang pro, bab angkut mengangku ini. Penat WEEIII!!!!

Apapun, bila dah penuh semua kawasan reban tu dengan pasir, kami boleh senyum sampai ke telinga, sambil menjeling ke rumah jiran, hang tak bagi pun, kami tetap siapkan jugak... tapi kami tak bermusuh dengan jiran kami tu. masih baik, masih bertegur sapa. Cuma hati ni, kadang2 digoda oleh SYAITAN!!! HAHAHAHA.BERSANGKA BURUKLAH DENGAN JIRAN KAMU ITU, ish syaitan ni.

Bila dah siap tambun, mula cari kayu untuk buat para, siapkan sangkar dan sistem perpaipan dan bekas makanan. Jika reban baru kami ini siap, Insyallah, ia mampu menampung 100 hingga 120 ekor induk arnab pelbagai jenis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan