5/11/2011

1 badan 2 kepala




JARANG BERLAKU...bayi kembar siam anak kepada pasangan petani China masih ditempatkan di hospital.



ISTIMEWA...seorang doktor dan jururawat melihat kembar siam yang kritikal akibat masalah pernafasan di sebuah hospital di Suining, Sichuan, semalam.
BEIJING: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan yang berkepala dua di wilayah Sichuan, lapor media semalam.

Bayi terbabit yang berkongsi tubuh, mempunyai dua tangan dan dua kaki, dilahirkan secara pembedahan caesarean minggu lalu.

Menurut media, bayi terbabit dipercayai mengalami dicephalic parapagus - sejenis kembar siam yang sangat jarang berlaku.

Menurut pakar, disebabkan bayi terbabit berkongsi tubuh, adalah mustahil untuk doktor memisahkan mereka.

Kakitangan Hospital Pusat Suining berkata, bayi itu dilahirkan Khamis minggu lalu.

“Pada awalnya, ibu bapa bayi itu enggan menerimanya kerana bimbang tidak mampu membesarkan anak mereka dengan baik kerana menyara hidup sebagai petani,” katanya.

Jurucakap itu berkata, kembar terbabit kemudian dipindahkan ke sebuah hospital berhampiran Chong- qing untuk diperiksa pakar.

Menurut akhbar Huaxi Metropolis Daily, kembar itu seberat 4 kilogram dan tinggi 51 sentimeter.

Walaupun berkongsi tubuh, kembar itu memiliki dua tulang belakang dan saluran makanan bersaingan.

Pakar perubatan berkata, kembar dicephalic parapagus berlaku apabila sel telur gagal berpisah sepenuhnya dan amat jarang berlaku.

Walaupun kebanyakan kes dicephalic parapagus dilaporkan di Asia dan Afrika, kelahiran sebegitu pernah berlaku di Barat.

Antaranya, pada Julai 2009, Lisa Chamberlain, dari Portsmouth, melahirkan pasangan kembar Joshua and Jayden yang berkongsi tubuh.

Bagaimanapun, Jayden hanya sempat hidup 32 minit selepas dilahirkan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan