Assalamualaikum... penternakkan arnab di Taman Arnab ni bermula pada akhir tahun 2009. bermula dengan dengan aktiviti membersih kawasan untuk dibina bangsal arna, membuat bekas untuk meletakkan arnab dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. asal2 nya, satu bangsal nak dibuat untuk arnab, satu lagi nak letak burung merpati. last2 dua-dua dah jadi bangsal arnab.
Sebenarnya, pada awal tahun 90'an, Keluarga kami telah mula menternak arnab, jumlah ternakan pernah mencecah 100 ekor dalam satu masa. sewaktu itu, isu pemasaran menjadi masalah utama, mana ada blog n internet masa tu. jadi maklumat tu tersebar dikalangan jiran2 dan komuniti berhampiran sahaja.
Dengan azam dan tekad yang baru, warga Taman Arnab akan terus memajukan industri penternakan arnab ini kepada skala yang lebih besar, dari masa ke semasa. pada awal januari 2010, kami bermula dengan sepasang arnab baka kampung, berusia 2 bulan, tetapi dugaan awal telah menjengah kami, yang betina tu mati akibat tidak selera makan. walaubagaimanapun, perjuangan perlu diteruskan. kami terus mendapatkan baka arnab, dari En zahar di jerteh, dapatlah 3 ekor dengan harga RM80/ ekor. Mahu pening kepala jugak tuuu.. tapi tak apa. " Mana ada perniagaan tanpa Modal".
Arnab yang pertama melahirkan anak di Taman Arnab kami, pada 3 Februari 2010. dapat 2 ekor. arnab baka kampung, ibunya dibeli dari jerteh. Misi mencari baka arnab pedaging diteruskan. kami menghubungi SHAMZA AGRO PRODUCT, alhamdulillah dapatlah sepasang New Zealand White (3bulan setengah) dan Sepasang Chinchilla (3 bulan). Harga hampir mencecah RM 1000 untuk dua pasang tu.. pejam mata ajelah, nak dapat baka yang baik. yang New Zealand White tu berat hampir 2.5KG seekor. besauuu tuuu.
Hari ini 22 mac 2010... 4 kelahiran telah terjadi di Taman Arnab kami... kelahiran pertama dengan 2 ekor, kelahiran ke dua pada 7 mac 2010 dengan 5 ekor anak, kelahiran ke tiga dengan 5 ekor anak, dan kelahiran ke 4 dengan 6 ekor anak. jumlah arnab di taman kami ini telah menjadi 26 ekor. Alhamdulillah...
Ibu New Zealand White, tengah bunting, kami masih menunggu kelahiran ke seterusnya.. mungkin sehari dua lagi akan ada kelahiran baru... insyaallah
kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang menjengah ke blog kami ini, sama2 lah mendoakan kejayaan kami ini... moga2 cita-cita kami menjadi mengusaha arnab pedaging yang berjaya menjelang 2012 tercapai... insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan