3/22/2010

Perjalanan Kami..

Assalamualaikum... berikut merupakan rentetan perjalanan kami sebagai pengusaha penternakan arnab.
 Bersepah-sepah lagi.. ni tengah siapkan bangsal arnab yang pertama, masa ni tak tahu lagi macam mana model bangsal n sangkar arnab yang paling sesuai. main hentam aje masa ni... dalam tu ada sepasang baru arnab. umur 2bulan lebih.
Ni bangsal kedua, asal2 tu nak bela burung merpati dalam bangsal ni, alih2 semua setuju nak bela arnab jugak kat sini. lepas melawat ke rumah En zahar (arnab manja), n lihat sangkar yang ada dalam blog kawan2 lain. Taman Arnab dah mula buat sangkar yang paling sesuai untuk penternakan arnab.
Gambar yang atas tu gambar bangsal terbaru.. dah siap dengan bekas makanan dan piping untuk air minum arnab.


yang atas baka2 awal yang ada kat Taman Arnab kami. yang Hitam ni dah mati dah, tak sempat nak tinggalkan baka. yang putih kecil tu dah beranak minggu lepas, 6 ekor anaknya. nak mulakan sesuatu yang baru, tanpa sebarang ilmu, dengan kekangan masa, dan pelbagai lagi dugaan dan cabaran. Alhamdulillah, kami dapat menempuhi dengan sabar.. dan hasilnya alhamdulillah... " Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepi. bersakit2 dahulu, Insyaallah ada  senang kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan