5/26/2010

Masa untuk berubah

Assalamualaikum... sebulan lebih blog taman arnab ini tidak di update. nak kata sibuk, tak adalah sibuk, cuma banyak perubahan telah berlaku dengan bangsal2 arnab kami. kalau dulu, kami bermula dengan ilmu cuba-cuba, sama ada berjaya atau tidak, itu perkara ke dua. ingat mula2 dulu, bila bangsal untuk arnab, banyak kayu, zink dan paku digunakan, tapi hanya 4 ekor sahaja dapat letak dalam bangsal tu.

 ni gambar bahagian depan bangsal

 bahagian sisi

banyak pakai kayu ni, tapi dapat isi, jantan 2 ekor, betina 2 ekor. so dalam tempoh masa sebulan yang lepas, kami fikirkan, satu perubahan yang drastik perlu dilakukan. so jadilah macam ni...
 Bangsal lama dah dirobohkan, dah naik tiang baru tu. 

Sangkar baru, ada 6 sel satu line ni, ada 16 ekor anak2 arnab berumur 6 minggu.

Ini sangkar baru. ada 5sel satu line. khas untuk ibu2 arnab yang bunting.
Ini pejantan NZW, antara yang terawal mendiami sangkar baru ni

Ibu NZW ni yang paling awal beranak dalam sangkar baru.7 ekor untuk kelahiran ke-2.

Tak ada plak gambar penuh bangsal baru. nanti saya uploadkan dalam ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan