Membina sesebuah sangkar memerlukan peralatan yang lengkap dan berfungsi sebaik mungkin, bagi tujuan mempercepatkan proses membuat sangkar, sangkar nampak cantik dan kemas, kos dapat dijimatkan, dan mengurangkan penggunaan tenaga.
Berkenaan penjimatan untuk membuat sangkar arnab ni, ada sesetengah kita menggunakan jaring yang murah, peralatan yang murah, kononnya mahu berjimat, tetapi lepas sebulan dua, jaring nya putus, berkarat, dan macam2 masalah akan timbul.
Peralatan yang digunakan mestilah tahan lama, kukuh, dan mudah diuruskan. ada yang beli peralatan yang murah, tetapi sekejap sahaja berkarat, tumpul, dan rosak, alatan yang tidak sesuai digunakan menyebabkan kita menggunakan banyak tenaga untuk siapkan sangkar.
Sarung tangan salah satu peralatan yang penting untuk berurusan dengan jaring yang tajam, perlu sarung tangan yang tebal dan selesa bila digunakan.
Pemilihan cutter/gunting jaring perlulan sesuai, tak apa mahal sedikit kita beli, asalkan tahan lama, tajam dan tidak mudah berkarat. Kita suka memilih yang murah, tapi bila digunakan, cepat tercabut skru dia, mudah tumpul dan sukar untuk menggunakannya, banyak tenaga diperlukan jika cutter yang diggunakan tidak sesuai.
Pengikat antara jaring, ada yang menggunakan dawai halus, ada menggunakan klip aluminium, ada menggunkan cable tied. setakat yang kami buat di taman arnab ni, penggunaan cable tied adalah yang paling cepat, mudah dan ringkas. Ada yang mngatakan ianya tidak tahan lama dan mudah putus. walaubagaimanapun, jika menggunakan cable tied yang kukuh dan agak berkualiti, insyallah dapat bertahan lama. Yang penting mudah berurusan dengan cable tied ni.
Pita pengukurpun penting jugak, nak buat apa lagi, ukur jaring mengikut kehendak kita lah, tak payah ulas panjang2lah bab ni.
Safety boot, hahaha, tak adalah nak pakai safety boot, orang Dosh tak mari check nya, inilah safety boot yang serba guna ni, tapi setakat ni nak handle jaring, kena pakai benda ni, alhamdulillah, selamat, ringan dan selesa untuk berkerja. Depan dia cover penuh, kalau jaring tu termelanting ke, selamat lagilah dari calar balar.
Apa yang paling utama ialah jaring, kena pilih yang berkualiti sedikit, arnab ni makhluk Allah yang ganas dan suka mengigit, kalau pakai yang kualiti murah dan rendah, cepatlah jaring2 tu rosak atau terputus. Kat taman arnab kami, kami gunakan jaring saiz 1/2 in X 1/2 In, gauge 18. atau 1/2in X 1in, gauge 18.
Insyallah, jika taman kami dah penuh dengan sangkar2 dia nanti, kami akan buka untuk ambik tempahan buat sangkar. Insyallah kami mengutamakan kualiti dan harga berpatutan.Tunggu... yer..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan