3/05/2011

10 cara hentikan pertengkaran


Anda dan pasangan selalu bergaduh dan tak pernah dapat kata sepakat kerana tak ada yang nak mengalah? Ramai orang tidak menyedari bahawa dalam hubungan cinta, walau dalam tahap bercinta ataupun sudah berkahwin, sebenarnya untuk mengelak pertengkaran terletak pada kemahuan berkompromi.

Jadi, bagaimana menyuarakan keinginan dan membincangkannya dengan pasangan agar tercapai kata sepakat yang memuaskan kedua belah pihak? Berikut panduan yang dapat diberikan.

1. Pilih waktu ketika suasana hati anda dan dia sedang baik
Cara ini akan membuat anda berdua berbicara dengan lebih terbuka dan tenang. Jika salah seorang tidak ada mood, perbincangan akan mengambil masa yang sangat lama dan keras atau mungkin berakhir dengan pertengkaran.

2. Pastikan tidak ada gangguan
Contohnya deringan telepon, tetamu, atau anak-anak (untuk yang sudah berkeluarga). Semakin sedikit gangguan, perbicaraan akan lebih terfokus dan masalah akan cepat menemukan titik terang.

3. Duduklah berhadapan
Duduklah saling berhadapan di meja makan. Ini akan menciptakan suasana serius dan membantu anda berdua merasa lebih dewasa sekaligus merasakan sehaluan. Hindarkan situasi anda berdiri, dia duduk.

4. Bercakap secara bergiliran
Selalu kita merasa bahawa suara kita lah yang perlu didengar. Padahal, yang adil adalah anda berdua saling mendengarkan. Ungkapkanlah masalah dan pendapat secara bergiliran, jangan berebut untuk bercakap.

5. Bersedia mengalah untuk beberapa hal
Selalunya masing-masing pihak ingin menjadi pemenang. Padahal, jika anda berdua mengalah untuk beberapa hal, masalah cepat selesai. Sedarilah bahawa benar atau salah bukanlah hal yang mutlak. Ini hanya perbezaan pendapat sahaja.

6. Tahu batas
Ketahuilah batasan anda. Ada hal-hal yang tak boleh dibincangkan. Tentukan hal-hal yang patut dibincangkan. Jadi, bincangkan hal-hal yang lebih fleksibel atau yang tak begitu sensitif.

7. Alternatif jalan keluar
Ketika fikiran terbuka, pasti selalu ada penyelesaian untuk setiap masalah. Jadi, untuk mengelakkan kebuntuan, cubalah kemukakan dan kompromikan semua alternatif jalan keluar yang ada.

8. Rehat sebentar jika perbincangan menjadi tegang
Ketika perbincangan jadi tegang, berehatlah. Tarik nafas panjang dan minum segelas air untuk menenangkan hati. Jika mungkin, carilah perkara yang menghiburkan hati disaat pertengkaran tadi. Jika anda berdua mula tertawa, ketegangan akan kembali reda.


9. Win-win solution
Carilah penyelesaian yang boleh diterima dan mewakili keinginan anda berdua. Kalau salah seorang memilih untuk mengalah demi mempercepat perbincangan, cara ini akan membuat yang mengalah itu menyesal kelak.

10. Sedia berbincang lagi
Setelah menemui penyelesaian, jangan lupa buat kata sepakat. Jika ternyata penyelesaian tak berhasil dijalankan, anda dan dia bersedia kembali duduk berhadapan untuk berbincang mencari penyelesaian lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan