3/30/2011

Apa yang kita bayangkan dan fokuskan itu yang kita dapat...

Assalamualaikum... baru sekejap dengan program di radio IKIM.FM bersama Prof Mohaya... menarik dan berkesan. disini nak sebut kesimpulan dari perbincangan diradio IKIM tadi...

Cuba kita pejam mata, renung dalam2, bayangkan dan fokuskan siapa atau apa yang kita kita mahu, dan lontarkan kasihsayang dan semangat kepada yang kita bayangkan itu. Setiap hari kita buat macam tu... lama kelamaan, ia akan datang menghampiri kita.

Kalau kita sebagai pekerja, bos kita sangat garang, kita pejam mata dan kita bayangkan dan beri kasih sayang (pekerja dengan bos), rasa hormat dan nilai2 positif, maka apa yang kita bayangkan itu, kita akan dapat.

Diberikan contoh suami isteri, kalau isteri, cuba pejam mata, bayangkan suami tengah dikafankan, isteri duduk ditepi suami, menangis dan meronta-ronta, minta dihidupkan semula suami itu. lalu bila kita buka mata, kita lihat suami kita masih hidup, maka kita akan bertambah sayang dan kasih pada suami, begitu juga suami kepada isteri.

Yang pasti, sekiranya kita tunpu, kita fokus pada sesuatu benda, INSYALLAH, akan dapat mencapai kejayaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan