3/16/2011

Penawar Homoeopathy dan masalah arnab.

Menangani masalah arnab dengan lebih selamat, tanpa kesan sampingan

Arsenicum Album:
Masalah cirit birit, cacing, perut kembung, kencing keruh atau Albuminous, keracunan makanan.

Graphites:
Kurap, kudis, telinga berkuping, eczema pada hidung, bengkak kelenjar, luka pada putting susu, bengkak pada sendi.

Arnica Montana:
Lebam, terjatuh, luka akibat bergaduh, terpukul dengan sesuatu, untuk ibu arnab lepas bersalin (memulihkan peranakan dengan segera), menghentikan pendarahan. 

Natrum Muriaticum:
Hidung berair, selsema, bersin, masalah keguguran bulu.

Calendula Officinalis Q:
Sapu pada luka ( lebih cepat berbanding Iodin)

Rhus Toxicodendron:
Terkehel tulang, terjatuh dari tempat tinggi, masalah patah tulang belakang, kepala menjadi teleng.

Alfalfa:
Meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu yang sedang menyusu.

Ignatia Amara:
Arnab termenung, tidak selera makan, kelesuan.

Apis Mellifica:
Disengat serangga berbisa, seperti lebah, kerengga, tebuan, penyengat, tungau dan lain-lain.

Untuk diberikan kepada arnab, boleh menggunakan potensi 30 dan 200. dalam bidang homoeopathy, pemerhatian terhadap gejala atau simptom2 yang dihidapi oleh arnab amatlah penting, bagi mendapat penawar yang tepat.

  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan