3/22/2010

Perjalanan kami 2...

Salam... ni gambar2 kelahiran di Taman Arnab kami.. anak2 dalam gambar kat atas ni, berusia 2 minggu, 5 ekor semuanya, ibu ni beli kat pet shop. ni kelahiran ke dua kami. yang bawah ni plak, anak 2 arnab kelahiran ke 3 di Taman Arnab kami, 5 ekor semuanya. baru berusia 10 hari.
Yang kat bawah ni plak, kelahiran terbaru. minggu lepas, baru berusia 6 hari. 6 ekor kesemuanya. macam anak tikus je lagi..
Ibu New Zealand White kat bawah ni sedang menunggu masa nak beranak... harap2 dapatlah anak yang sihat dan mewarisi ibu n bapak dia. 

ni plak gambar pejantan yang ada di Taman Arnab kami ni... New Zealand white.

yang paling kanan tu, pejantan kampung. yang paling kiri tu ibu yang baru lepas beranak, 5 ekor anak dia.
target kami, pertengahan tahun 2010 ni, arnab peliharaan kami mampu mencecah 100 ekor. ni tengah plan anak beranak nak bila bangsal arnab yang baru, lebih effisien dan canggih... Insyallah. doakan kejayaan kami.. wassalam

Perjalanan Kami..

Assalamualaikum... berikut merupakan rentetan perjalanan kami sebagai pengusaha penternakan arnab.
 Bersepah-sepah lagi.. ni tengah siapkan bangsal arnab yang pertama, masa ni tak tahu lagi macam mana model bangsal n sangkar arnab yang paling sesuai. main hentam aje masa ni... dalam tu ada sepasang baru arnab. umur 2bulan lebih.
Ni bangsal kedua, asal2 tu nak bela burung merpati dalam bangsal ni, alih2 semua setuju nak bela arnab jugak kat sini. lepas melawat ke rumah En zahar (arnab manja), n lihat sangkar yang ada dalam blog kawan2 lain. Taman Arnab dah mula buat sangkar yang paling sesuai untuk penternakan arnab.
Gambar yang atas tu gambar bangsal terbaru.. dah siap dengan bekas makanan dan piping untuk air minum arnab.


yang atas baka2 awal yang ada kat Taman Arnab kami. yang Hitam ni dah mati dah, tak sempat nak tinggalkan baka. yang putih kecil tu dah beranak minggu lepas, 6 ekor anaknya. nak mulakan sesuatu yang baru, tanpa sebarang ilmu, dengan kekangan masa, dan pelbagai lagi dugaan dan cabaran. Alhamdulillah, kami dapat menempuhi dengan sabar.. dan hasilnya alhamdulillah... " Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepi. bersakit2 dahulu, Insyaallah ada  senang kemudian.

DaTa BiOloGi Arnab

Tempoh Hidup – 5 ke 10 tahun
Tempoh Pengeluaran – 1-3 tahun
Tempoh Bunting – 28 ke 35 hari
Tempoh Pemisahan – 6 ke 8 minggu
Umur Matang – 4 ke 10 bulan
Umur DiKahwinkan – 6 ke 12 bulan
Mengawan Semula – 1 minggu selepas anak diasingkan selepas beranak
Kitaran Kelamin – Poliestrus dalam tempoh setahun, sekurang-kurangnya 5 kali bunting setahun.
Kitaran Berahi/Mengawan – Sekitar 2 minggu
Jangkamasa estrus – 11 ke 15 hari
Pengovulan – Berlaku 9 ke 13 jam selepas disenyawakan
Masa Subur – 1 ke 2 jam selepas disenyawakan
Jumlah anak yang DiLahirkan – 4 ke 10 ekor
Jumlah Darah – 40ml/kg berat badan
Berat Arnab Dewasa – Bervariasi, bergantung kepada baka, jantina dan faktor penjagaan.

Arnab oohhh arnab

Assalamualaikum... penternakkan arnab di Taman Arnab ni bermula pada akhir tahun 2009. bermula dengan dengan aktiviti membersih kawasan untuk dibina bangsal arna, membuat bekas untuk meletakkan arnab dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan. asal2 nya, satu bangsal nak dibuat untuk arnab, satu lagi nak letak burung merpati. last2 dua-dua dah jadi bangsal arnab.

Sebenarnya, pada awal tahun 90'an, Keluarga kami telah mula menternak arnab, jumlah ternakan pernah mencecah 100 ekor dalam satu masa. sewaktu itu, isu pemasaran menjadi masalah utama, mana ada blog n internet masa tu. jadi maklumat tu tersebar dikalangan jiran2 dan komuniti berhampiran sahaja.

Dengan azam dan tekad yang baru, warga Taman Arnab akan terus memajukan industri penternakan arnab ini kepada skala yang lebih besar, dari masa ke semasa. pada awal januari 2010, kami bermula dengan sepasang arnab baka kampung, berusia 2 bulan, tetapi dugaan awal telah menjengah kami, yang betina tu mati akibat tidak selera makan. walaubagaimanapun, perjuangan perlu diteruskan. kami terus mendapatkan baka arnab, dari En zahar di jerteh, dapatlah 3 ekor dengan harga RM80/ ekor. Mahu pening kepala jugak tuuu.. tapi tak apa. " Mana ada perniagaan tanpa Modal".

Arnab yang pertama melahirkan anak di Taman Arnab kami, pada 3 Februari 2010. dapat 2 ekor. arnab baka kampung, ibunya dibeli dari jerteh. Misi mencari baka arnab pedaging diteruskan. kami menghubungi SHAMZA AGRO PRODUCT, alhamdulillah dapatlah sepasang New Zealand White (3bulan setengah) dan Sepasang Chinchilla (3 bulan). Harga hampir mencecah RM 1000 untuk dua pasang tu.. pejam mata ajelah, nak dapat baka yang baik. yang New Zealand White tu berat hampir 2.5KG seekor. besauuu tuuu.

Hari ini 22 mac 2010... 4 kelahiran telah terjadi di Taman Arnab kami... kelahiran pertama dengan 2 ekor, kelahiran ke dua pada 7 mac 2010 dengan 5 ekor anak, kelahiran ke tiga dengan 5 ekor anak, dan kelahiran ke 4 dengan 6 ekor anak. jumlah arnab di taman kami ini telah menjadi 26 ekor. Alhamdulillah...

Ibu New Zealand White, tengah bunting, kami masih menunggu kelahiran ke seterusnya.. mungkin sehari dua lagi akan ada kelahiran baru... insyaallah

kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang menjengah ke blog kami ini, sama2 lah mendoakan kejayaan kami ini... moga2 cita-cita kami menjadi mengusaha arnab pedaging yang berjaya menjelang 2012 tercapai... insyallah.

3/13/2010

Arnab Yg Buas

2 beradik LION Head



Baru 2 hari dilahirkan


Ibu yg dah 2 kali beranak, pertama LION Head kedua anak yg atas


Paling depan : Jantan Kampung
Tengah : New Zealand White jantan



New Zealand White betina



Pernah memboloskan diri ke rumah jiran.


Pengenalan

Assalamualaikum wrt wbrth...

Selamat datang dan terima kasih kepada seluruh pengunjung blog ini.Tujuan diwujudkan blog ini adalah untuk berkongsi dengan para pengunjung sedikit pengalaman dan hasil usaha kami dalam bidang penternakan arnab.Ianya baru sahaja bermula sekitar 3 bulan yang lepas.Pada peringkat asalnya ia hanya sekadar untuk mengisi masa lapang.Tetapi minat itu semakin meluap bila melihat kejayaan yang telah dicapai oleh beberapa pihak lain seperti pengusaha Broga dan Bangi di Selangor.

Setakat ini kami tidak akan mendedahkan lokasi dan identiti kami kerana tujuan-tujuan tertentu.InsyaAllah pada masa akan datang,kami akan maklumkan kepada para pengunjung,khususnya peminat-peminat arnab.

Semoga terhibur...