10/26/2010

Lama tak update..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dah dapat post kembali blog Taman Arnab ni, lama sangat dah tak post. apa2pun, nak mula aktif semula update blog, banyak perkembangan yang di kongsi bersama pembaca2 blog yang tak seberapa ini..
Insyallah, saya akan uploadkan gambar2 perkembangan terbaru , berkenaan dengan projek taman arnab kami ini.

7/29/2010

Taman Arnab Yg Selamat

Selepas diadakan sedikit renovation,kini Taman Arnab selamat untuk 'didiami'.Sekarang dah diletakkan lapisan kedua di bahagian bawah di sekeliling pagar dengan jaring besi.Jadi arnab2 buas ni tak dapatlah nak memboloskan diri.
Gambar ke 3 dan 4 tu adalah anak2 NZW  + Chincilla 'pure breed' dan ada beberapa anak kacukan Chincila dan kampung.

Semoga terhibur !!!

Sembelihan Pertama Kali

Inilah 2 ekor arnab yang disembelih buat pertama kalinya.Yelah, asyik bagi dia makan jer,kita pun nak makan juga.Ada beberapa part yang tak sempat nak ambik gambar.Kalu part jadi gulai tu,pembaca bayangkan sendiri la.Usia arnab yg disembelih lebih kurang 4 bulan dan berat selepas di buang perut dan kulit 2kg(termasuk kepala)untuk 2 ekor.Berbaloila untuk arnab kampung.Isinya pun sedap,akan2 ayam kampung.

6/16/2010

Sangkar baru..

Assalamualaikum... sekarang ni tengah duk siapkan sangkar baru untuk arnab2 yang makin membaesar tu, dah penuh sangat dah dalam sangkar yang ada, makan pun kene berebut2. untuk sangkar kali ni, buat 2 line terus, setiap line, panjang 10 kaki lebar 2 kaki, tinggi 1 1/2 kaki. nak potong jaring2 ni yang letihnya, nak ikat guna cable tie tu ok je, tengok bila dah siap tu puas hati betol.. berbaloi-baloi. setiap line ni, boleh jadi 5 sangkar lah, saiz 2kaki X 2kaki untuk setiap sangkar. Luas dah tu untuk seekor arnab.

Gambar2 akan di upload kemudian, insyaallah. kamera yang baru tu lupa letak kat mane. kene cari sampai jumpa dulu, baru boleh upload dalam ni. harap2 tak hilang lah kamera tu. petang ni, balik dari klinik, boleh sambung siapkan sangkar2 tu.

6/14/2010

Pagar bocor.

Assalamualaikum... seminggu tak update taman arnab ni. untuk taman arnab kami ni, ada sedikit masalah yang berlaku. bila taman kami tu siap je, terus di transfer 13 ekor arnab2 yang dah berumur 2 bulan. penuh taman kami ni. pada petangnya ok lagi, menjelang je waktu magrib, seekor demi seekor arnab keluar dari taman. penat jugak duk kejar ke arnab ni. pelik jugak, kuar ikut mana lah arnab2 nie. yang dah tangkap tu, terus dimasukkan dalam sangkar asal nya. menjelang je isyak, yang tadi 13 tadi dah tinggal 8 ekor. aii parah ni..

Operasi mencari diteruskan, habis keliling rumah duk cari arnab, rupa2nya depa duk area sangkar depa, mungkin nak balik tidur kat tempat biasa kot, tak biase tidur kat taman terbuka macam tu. nak tak nak, tangkaplah semua arnab tu, masukkan dalam sangkar. ada 2,3 ekor dah keluar ke tepi jalan besar, duk main2 bawah pokok serai. dalam gelap2 tu, pi tangkap plak jugak arnab tu.

Tengah 2 duk tangkap arnab yang dalam lingkungan taman tu, perasanlah ada 2 lubang besar pada jaring pagar tu.. ermmm lupa plak yang arnab ni suka mengigit, kayu pun habis digigitnya, ni kan plak tali jaring tu. nanti insyallah kalau sempat, kami upload gambar2 pagar yang koyak rabak tu dalam ni.  so nak tak nak kena letak jaring besi dulu, baru boleh letak balik arnab2 ni. setakat hari ni tak baiki lagi agar2 tu. sibuk ngan projek baru plak.

Apa projek baru? Tungguu... (macam gempak jeerr)

6/08/2010

Snow white

Ni haa.. anak2 arnab putih yang semakin membesar, pantang ada ruang nak lari, habis dipanjat keluar.. mujur tak ngap di kucing... layan...













 Berebut nak bergambar.

















3/10.. asalnya 5, 2 dah lari ke sebelah


Lapar ni.. tunggu nak makan.

Apa pandang-pandang...


Pagar oh pagar, kenapa tak sama tinggi..

Assalamualaikum.. operasi mengecat tiang2 pagar untuk bagi lebih cantik dan menarik telah dimulakan. walau pun tiang2 nya tak sama panjang, tapi kepuasan tu penting, kalau kita buat apa kerja sekalipun, dengan minat dan mencari kepuasan, peluh sampai ke lutut pun, tak terasa penat.
 
Bahagian depan siap di cat.

 
Bahagian tepi, siap naik jaring dah tu, pintu tak buat lagi

 
Sempit tetapi luas

Progress setakat ni alhamdulillah, berjalan dengan lancar, macam projek mega je bunyi nyer, padahal sekankang kera, apa2 pun semangat tu penting. Insyallah nanti kami akan up date yang terbaru, siap dengan terowong untuk arnab, dan arnabnye sekali.

6/06/2010

Khayalan+Cita-cita+Usaha+Tawakkal+Berjaya.

 Orang kata, hidup ini kena ada cita-cita, kena ada matlamat, kena ada target, baru hidup ni ada objektif, tidak sia-sia jadinya. so kamipun ada cita-cita dan angan-angan, jom layan angan2 kami ini, hehehe

 
2 orang pekerja Taman arnab sedang memeriksa anak-anak arnab yang baru lahir, dalam bangsal pembiakan kami ni, ada 1000 ekor induk, yang purata setiap kelahiran dengan 8 ekor anak. Maknanya 8000ekor anak sebulan. Meriah tu. Ni yang rambut panjang ni, lupa nak pakai tudung, dah pesan dah, nak kerja kat Ladang Taman Arnab ni kene tutup aurat, tak boleh main dedah2 macam ni.. wat malu company je ni.
 
 Ni plak bangsal yang menempatkan arnab2 yang belum matang, bahagian untuk proses menggemukan arnab ni. cuba lihat, setiap baris tu, ada 150 sel, di darab plak ngan 6 baris, jadilah 900 sel, dalam setiap sel ada 3 ekor arnab, maknanya dalam bahagian ni, ada 2700 ekor. Ramai tak arnab kami?
Ni gambar view luar. berbentuk U bangunannya, setiap U ni, ada 3 bangsal yang memangjang, setiap satu bangsal ada 2700 ekor arnab. JADI??!!! 8100 ekor setiap bangsal U kami ni. Ladang Taman Arnab kami ni, keseluruhan nya ada 10 bangsal berbentuk U ni... Maknanya....? Sedara/i fikirlah sendiri...

*Cerita diatas tu bukan rekaan semata-mata, tapi matlamat dan cita-cita kami sebetul-betulnya, doakan kami yer.. Insyaalah

Gambar 2 pokok napier india.


Assalamualaikum... dibawah ni ada beberapa keping gambar2 rumpun pokok napier india. mungkin ramai yang dah tahu. bagi yang tak tahu, beginilah bentuknya.
Bahagianya kalau ada ladang napier cam ni.

 
Rumpunnya meriah, banyak batang setiap rumpun.

Daunnya lebar, puas hati kalau arnab makan

Belakang rumah tu, ada tanah hampir setengah ekar, dah tempah 300 ruas benih napier india ni, tapi penjualnya belum respon lagi, harap2 dapatlah benih2 ni sebelum tamat cuti sekolah, siap2 tanam, tunggu 100 hari untuk dapatkan hasil, walaubagaimanapun, kene rajin siram n letak baja tahi arnab tu.


6/05/2010

Projek baru

Assalamualaikum... sekarang ni tengah sibuk ngan projek baru, nak siapkan taman arnab kami ni haa.. baru proses nak pacak kan pagar, letak semin2 sikit kat bawh tiang pagar tu, bagi kukuh. tak risaukan arnab yang langgar, tapi penonton2 kecil yang akan kerumun taman ni bila siap nanti. macam2 perkara boleh terjadi. so kene bagi kukuh skit lah.
 
 
Baru beberapa tiang duk terpacak. 


Nanti arnab bermastautin bawah pokok rambutan ni.

 
Pagar ni nak kene cat, bagi cun skit.

Arnab makin bertambah, sangkar tak sempat nak buat lagi. lepas2 ni, kalau nak buat kene buat banyak terus. senang skit kalau arnab bertambah, sebab tak muat sangkar, kene lepas ke tanah lah arnab2 nie.


 
Mereka2 yang duk sangkar depan tu akan berpindah ke Taman Baru kami.

Banyak lagi yang perlu diselesaikan ni...

Sebulan makin membesar

Assalamaualikum... arnab NZW hidup subur di taman arnab kami ini, ni dibawah tu 5 beradik NZW yang berusia sebulan. memang berbaloi kalau bela arnab jenis pedaging ni. besar berganda dari arnab kg ni, harap2 ini menjadi perintis misi kami sebagai penternak arnab pedaging berjaya.  

 
Ni ibu dan 5 anak kandungnya


      
Pellet tak top up lagi tu. sedang enak menjamu daun petai belalang


  
Dua ekor NZW yang montok2

Nanti kami upload 10 ekor anak2 NZW dan Chincila, semua putih. (tak tau sebab apa anak Chincila pun puteh gak)

wassalam

6/03/2010

Arnab ke 49, 50, 51, 52, 53, 54

Assalamualaikum.. ni gambar 6 beradik yang baru lahi 3 hari lepas. arnab ke 49,50,51,52,53 dan 54 kami.
 
  Tengah sedap tido


Dah pukul 9.00 pagi, duk berselimut lagi

Inysaallah, kami menunggu kelahiran seterusnya, dalam 4,5 hari lagi, ibu chinchila plak nak bersalin, harap2 ikut rentak ibu NZW sebelum ni, dengan 7 ekor baby.

Bapak Arnab


 Assalamualaikum... ni haa gambar bapak kurap, kesian kat dia, semalam dah pergi inject kat klinik haiwan kuala terengganu. ni kene kuarantin kan ni, kalau tak, habis berjangkit ngan yang lain nanti.

  
Termenung mengingatkan nasib diri (muhasabah lah)


Kurap ditelinga kiri

Lagi kurap, nak putus dah telinga dia 

Muncung dia berkurap jugak ni. kesian, tak dapat nak makan dengan selesa.

Ni lah nasib bapak arnab seekor ni, harap2 cepat lah sembuh. pagi tadi dah segar sikit, habis daun petai belalang dimakannya. sebelum ni , tak berapa nak makan, tak ada selera kot. Manusia pun macam tu jugak, bila dah Allah taal ambik nikmat2 yang diberi sebelum ni, baru terasa kehilangan, mula nak ingat tuhan. kalau tak, terus leka dan lalai.
peringatan untuk diri sendiri

wassalam

6/02/2010

Arnab berkurap.. alaaa haiii...

Balik je dari pasir puteh semalam, dengar citer arnab jantan yang seekor tu, dah mula berkurap, habis telinga, hidung dan kaki diserang kurap. entah datang dari mana, nak kata reban kotor, seminggu dua kali di basuh dan dicuci lantainya. mujur tak sabun or di clorok kan je.

so pagi tadi terus ke pejabat haiwan kuala terengganu, untuk dapatkan suntikan. sampai2 je, kene beratur jugak kat klinik haiwan tu, ada beberapa ekor haiwan lain sedang menunggu untuk mendapatkan bantuan. ada seekor anjing dan beberapa ekor kucing.

satu das injection diberi, dan seplastik multivitamin diberi. ongkosnya rm5, zaman sekarang ni, tak ada yang free, semua kene bayar. so diberi tempoh seminggu untuk lihat perubahan kat arnab jantan kelabu tu. rabu depan kalau tak jadi apa2, kurap tu tak luruh satu2, kene gi inject lagi satu das. harap2 sihatlah nanti.

balik ni, kene siapkan tempat untuk kuarantin, nanti habis semua berjangkit ngan yang lain.

wassalam

Akhirnya... arnab ke 50 telah lahir

Assalamualaikum...
pada malam 31 mei 2010, arnab ke 50 kami telah lahir. Dengan kelahiran ke-2 ibu arnab kampung ini, seramai 6 ekor telah lahir. maka arnab kami telah mencecah 54 ekor arnab.insyaallah nanti kami akan upload gambar2 penghuni baru taman kami.

untuk misi seterusnya, kami akan siapkan 2 baris sangkar baru, dalam tempoh seminggu dua ni. sangkar yang boleh menampung 10 hingga 12 ekor induk. kekangan masa yang ada, menyebabkan perancangan kami terbantut dari hari ke hari.

apa2 pun, doakan kejayaan kami

5/26/2010

Rumput Napier India..

Salam. pagi semalam dah tempah benih rumput napier india. bagi menampung bekalan makanan untuk arnab2 ditaman ni. kalau sebelum ni, arnab2 ni dijamu dengan rumput lembu, daun petai belalang, daun ceri, kulit tembikai, tebu dan apa2 sahaja daun yang dirasakan tidak beracun dan selamat dimakan oleh arnab.
ni ada beberapa maklumat berkenaan dengan rumput napier India ni:

KELEBIHAN NAPIER INDIA:

# Protein lebih tinggi berbanding Napier Taiwan & Dedak Haiwan.
# Kadar tumbesaran sangat cepat, 25 hari tanam sudah boleh harvest.
# Matang pada umur 4 bulan, untuk buat benih.
# Saiznya lebih besar berbanding Napier Taiwan.
# Kadar pertumbuhan mana tunas lebih tinggi, 1 benih mengeluarkan 20+/- mata tunas.
# Paling PENTING: HARGANYA MURAH & PROTEIN TINGGI.

PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4kaki x 4kaki = 3,200 pokok seekar.
# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas
# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.
# 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput.

# Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 128 hari! @ 4 bulan!
Dipetik dari: usahawantanikelantan.blogspot.com


Insyaalah, dengan 300 benih rumput napier india yang telah ditempah. diharap dapat menampung keperluan tumbuhan hijau untuk taman arnab kami ini.

Menunggu kelahiran arnab ke-50

Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan kami berjinak-jinak dengan penternakan arnab ni, jumlah arnab di taman kami ni, 48 ekor. 8 ekor induk, dan 40 ekor anak2 yang lahir. insyaalah, kalau tak ada aral melintang, 8 jun nanti akan lahir dari ibu chincilla plak. awal bulan ni, dia dah beranak 3 ekor untuk kelahiran pertama, ni duk bunting 3 minggu untuk pusingan ke-2.

Ini anak NZW, baru seminggu ni. Anak pusingan ke-2, 7 ekor semuanya. lagi 2 ekor ditumpangkan pada ibu chinchila.

Ini anak chincila, tak taulah sebab apa warna putih. Semua 3 ekor warna puteh.
  
Ini ibu chincila, untuk kelahiran pertama ni. 3 ekor. Insyallah 8 jun ni akan lahir untuk pusingan ke-2

Ini anak chincila dan 2 ekor anak NZW. semua jadi putih.

Ada seekor lagi ibu kampung nak bersalin, pagi tadi dah duk cabut bulu dia. malam2 ni atau pagi2 esok. beranak lah kot. Alhamdulillah, setakat ni setiap perancangan berjalan lancar. banyak lagi yang perlu diusahakan, untuk terus berjaya dalam bidang penternakan arnab ni


Masa untuk berubah

Assalamualaikum... sebulan lebih blog taman arnab ini tidak di update. nak kata sibuk, tak adalah sibuk, cuma banyak perubahan telah berlaku dengan bangsal2 arnab kami. kalau dulu, kami bermula dengan ilmu cuba-cuba, sama ada berjaya atau tidak, itu perkara ke dua. ingat mula2 dulu, bila bangsal untuk arnab, banyak kayu, zink dan paku digunakan, tapi hanya 4 ekor sahaja dapat letak dalam bangsal tu.

 ni gambar bahagian depan bangsal

 bahagian sisi

banyak pakai kayu ni, tapi dapat isi, jantan 2 ekor, betina 2 ekor. so dalam tempoh masa sebulan yang lepas, kami fikirkan, satu perubahan yang drastik perlu dilakukan. so jadilah macam ni...
 Bangsal lama dah dirobohkan, dah naik tiang baru tu. 

Sangkar baru, ada 6 sel satu line ni, ada 16 ekor anak2 arnab berumur 6 minggu.

Ini sangkar baru. ada 5sel satu line. khas untuk ibu2 arnab yang bunting.
Ini pejantan NZW, antara yang terawal mendiami sangkar baru ni

Ibu NZW ni yang paling awal beranak dalam sangkar baru.7 ekor untuk kelahiran ke-2.

Tak ada plak gambar penuh bangsal baru. nanti saya uploadkan dalam ni