5/26/2010

Rumput Napier India..

Salam. pagi semalam dah tempah benih rumput napier india. bagi menampung bekalan makanan untuk arnab2 ditaman ni. kalau sebelum ni, arnab2 ni dijamu dengan rumput lembu, daun petai belalang, daun ceri, kulit tembikai, tebu dan apa2 sahaja daun yang dirasakan tidak beracun dan selamat dimakan oleh arnab.
ni ada beberapa maklumat berkenaan dengan rumput napier India ni:

KELEBIHAN NAPIER INDIA:

# Protein lebih tinggi berbanding Napier Taiwan & Dedak Haiwan.
# Kadar tumbesaran sangat cepat, 25 hari tanam sudah boleh harvest.
# Matang pada umur 4 bulan, untuk buat benih.
# Saiznya lebih besar berbanding Napier Taiwan.
# Kadar pertumbuhan mana tunas lebih tinggi, 1 benih mengeluarkan 20+/- mata tunas.
# Paling PENTING: HARGANYA MURAH & PROTEIN TINGGI.

PENGIRAAN

# 1 ekar boleh ditanam 3,200 benih pokok, sistem 4kaki x 4kaki = 3,200 pokok seekar.
# 1 benih mampu mengeluarkan 20+/- mata tunas
# 1 mata tunas, purata berat dalam 1kg/pokok.
# 1 ekor kambing perlu makan 3kg sehari.

# Andaikata, dianggarkan Minimum 1 ruas (20 pokok) mampu mengeluarkan berat sebanyak 12kg/ruas. bermakna untuk 1 ekar pokok rumput Napier India mampu mengeluarkan hasil sebanyak 38,400kg rumput.

# Minimum 1 ekar (38,400kg) rumput napier india mampu memberikan 100 ekor kambing makan selama 128 hari! @ 4 bulan!
Dipetik dari: usahawantanikelantan.blogspot.com


Insyaalah, dengan 300 benih rumput napier india yang telah ditempah. diharap dapat menampung keperluan tumbuhan hijau untuk taman arnab kami ini.

1 ulasan:

  1. salam. kiraan hasil seekar ni untuk setiap kali tuai, atau setahun?

    BalasPadam