5/26/2010

Menunggu kelahiran arnab ke-50

Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan kami berjinak-jinak dengan penternakan arnab ni, jumlah arnab di taman kami ni, 48 ekor. 8 ekor induk, dan 40 ekor anak2 yang lahir. insyaalah, kalau tak ada aral melintang, 8 jun nanti akan lahir dari ibu chincilla plak. awal bulan ni, dia dah beranak 3 ekor untuk kelahiran pertama, ni duk bunting 3 minggu untuk pusingan ke-2.

Ini anak NZW, baru seminggu ni. Anak pusingan ke-2, 7 ekor semuanya. lagi 2 ekor ditumpangkan pada ibu chinchila.

Ini anak chincila, tak taulah sebab apa warna putih. Semua 3 ekor warna puteh.
  
Ini ibu chincila, untuk kelahiran pertama ni. 3 ekor. Insyallah 8 jun ni akan lahir untuk pusingan ke-2

Ini anak chincila dan 2 ekor anak NZW. semua jadi putih.

Ada seekor lagi ibu kampung nak bersalin, pagi tadi dah duk cabut bulu dia. malam2 ni atau pagi2 esok. beranak lah kot. Alhamdulillah, setakat ni setiap perancangan berjalan lancar. banyak lagi yang perlu diusahakan, untuk terus berjaya dalam bidang penternakan arnab ni


Tiada ulasan:

Catat Ulasan