7/29/2010

Taman Arnab Yg Selamat

Selepas diadakan sedikit renovation,kini Taman Arnab selamat untuk 'didiami'.Sekarang dah diletakkan lapisan kedua di bahagian bawah di sekeliling pagar dengan jaring besi.Jadi arnab2 buas ni tak dapatlah nak memboloskan diri.
Gambar ke 3 dan 4 tu adalah anak2 NZW  + Chincilla 'pure breed' dan ada beberapa anak kacukan Chincila dan kampung.

Semoga terhibur !!!

Sembelihan Pertama Kali

Inilah 2 ekor arnab yang disembelih buat pertama kalinya.Yelah, asyik bagi dia makan jer,kita pun nak makan juga.Ada beberapa part yang tak sempat nak ambik gambar.Kalu part jadi gulai tu,pembaca bayangkan sendiri la.Usia arnab yg disembelih lebih kurang 4 bulan dan berat selepas di buang perut dan kulit 2kg(termasuk kepala)untuk 2 ekor.Berbaloila untuk arnab kampung.Isinya pun sedap,akan2 ayam kampung.