2/28/2011

Sangkar oh sangkar...

Assalamualaikum.. bertemu lagi, nak berkongsi penat lelah siapkan jaring2 sangkar ni, dari pada segulung jaring, menjadi 6 baris sangkar arnab dengan lear 2 kaki dan panjang 10 kaki setiap satu...
Duk tersusun lagi, belum bawa masuk dalam bangsal arnab yang baru.
 Yang depan ni belum siap sepenuhnya lagi, nak bawa masuk nanti, kene pasang siap2 pintu dia, sistem paip dia kene buat dalam bangsal...nipple dia tak order lagi.

Zoom skit, leceh nak buat benda ni, tapi berkat kesabaran, dapat jugak siap. Untuk penuhkan bangsal baru tu, perlukan lebih kurang 4 gulung lagi jaring, dengan lebar 3 kaki dan panjang 100 kaki.

Semua sekali yang dah disiapkan 11 baris. dah diguna 6 baris, 5 yang tinggal ni, nak kene bawa masuk dalam bangsal barulah. Sekrang ni percubaan untuk buat sendiri bekas makanan yang pakai zink tu. kalau ada sahabat2 yang sudi nak ajar kami nak buat bekas makanan tu, amat2lah dialu2kan. ajar secara online boleh, atau link mana2 blog atau webside yang ajar nak buat sendri bekas makanan arnab tu.

Perkembangan projek I

Assalamualaikum... apa khabar sahabat2 sekalian... selepas sekian lama duk terpendam nak poskan gambar2 perkembangan projek terbaru kami. maka kali ni, dapatlah berkongsi dengan sahabat2 sekalian.
 
Gambar bangsal dari pandangan sisi, insyallah jika diizinkan Allah taala, siap jer sepenuhnya bangsal ni, dapat menampung 120 ekor induk arnab pedaging dan hias.
Pandangan belakang, belum sempat dikemas. Bersepah-sepah lagi.
 Teman setia, mana jer abi dia pergi mesti nak ikut... setia betul.. dibelakang tu, aktiviti nak menyiapkan para untuk sangkar arnab, leceh jugak, tapi semangat punyer pasal, nak kejar impian, pagi, tengah hari , petang duk bekerja nak siapkan benda ni. Malam jer tak mula lagi, nanti dah sambung lampu nanti. Sampai ke malam kami akan bekerja.
 Batang paip GI 1/2 inci AA, untuk buat para sangkar arnab. Sebatang tu RM 22, rasa macam mahal jer, sebab sebelum ni guna GI 1/2 B, dapat harga RM 25. dah nak macam mana, bos sudah order itu barang, tak leh nak lawan lah. buat ajer kita..
 Lebar 4 kaki, panjang 20 kaki, satu para ni, boleh diisi dengan 20 hingga 24 sangkar, boleh isi induk pejantan dan ibu. dalam bangsal ni muat untuk 9 baris dengan 10 hingga 12 sangkar sebari, kat luar boleh untuk 4 baris sangkar lagi. Setakat ni perancangan berjalan lancar, kadang2 isu semangat nak masa terluang untuk siapkan benda ni, agak terbatas. harap2 berjayalah perancangan kami ni. Sama-sama kita berdoa.



2/24/2011

Akibat tak tanda due date nak bersalin..

Assalamualaikum... Akibat tak tanda bila tarikh ibu2 arnab bunting ni nak bersalin, maka 2 hari ni kelam kabut dibuatnyer. tengah hari semalam seekor ibu beranak 7 ekor, lebih kurang 12 tengah hari, petang sikit, seekor ibu new zealand plak, beranak 6 ekor, (tapi pagi tadi mati seekor). pagi tadi plak, ibu chinchila dan beranak, 2 ekor, seekor sahaja yang hidup, seekor lagi masih dalam sarung, tak cukup bulan kot.

sibuk2 nak bersiap ke tempat kerja tadi, ada 3 ekor ibu lagi yang duk angkut sarang, tunggu masa nak beranak lah tu. bakul tak cari lagi ni, bekas tempat nak beranak tu dah penuh dah.. kene buat lain plak nanti. Insyallah petang nanti saya akan upload gambar2 kelahiran terbaru di Taman Arnab ni..

2/22/2011

Tengok2...pandang2...

 Penghuni-penghuni di Taman Arnab kami...


Ini pejantan Chinchilla, berat dah nak mencecah 3kg, hanya untuk pameran, bukan untuk dijual...

Kaki kencing...

Assalamualaikum... bertemu lagi kita.. ini arnab jantan, umur 8 bulan dah, nak kata manja entah lah, tapi tabiatnyer ialah, suka pancut kencing kat kaki orang... pantang siapa yang hampir dengan bangsal arnab, tak kira siapa, pasti ada yang jadi mangsa. bukan sekali, tapi boleh sampai 5 kali dia sembur air kencing dia, sambil melompat terus menyembur...
 Tengah beristirehat lah tu, dah sembur 2,3 das, duk berguling atas tanah, yang tak tahan tu, lagi kita marah atau kita halau, lagi itu dia buat perangai.


 Siaplah ni, ready nak lompat lah tuuu...
Begitulah perangai arnab seekor ni... suka kencing orang. Pemimpim2 kita pun suka kencing orang jugak, baru-baru ni, kencing kat Tenang, ni tunggu masa nak kencing rakyat kat Kerdau dan Merlimau. Itulah nasib rakyat, asyik kene kencing jer, padahal rakyat nilah tuan, pemimpin yang dipilih tu adalah hamba2 yang kene buat kerja untuk selesakan atau senangkan rakyat. 

Kesimpulan nyer...
Si kaki kencing ini, perlu ditangkap, disembelih , dicucuk2 dengan lidi sate atau di penyek2 dengan sudep burger, sebelum di nikmati dengan puasnya.

2/16/2011

120 ekor arnab dalam masa 12 bulan bukan suatu yang membanggakan

Ermm... masuk bulan ni, arnab peliharaan kami sudah mencecah 120 ekor( rasa2nya lebih), sangkar arnab dah tak muat dah, terpaksa dilepaskan jugak diatas tanah. Sebab itulah, awal bulan mac ni, harap2 dapatlah siap sangkar2 kami yang baru.. kesian kat ibu2 yang duk tunggu due tuu... tak ada tempat nak bersalin...

Mereka yang tidak pernah berpanas, tidak tahu nikmat berteduh...

Ramai yang nak berjaya dengan jalan singkat, tapi nikmatnye kalau berjaya dengan jalan yang berliku-liku, penuh dengan cabaran, dugaan dan halangan ( tukar halangan tu dengan cabaran). Alhamdulillah fasa pertama reban arnab  akan berjalan dengan lancar, walaupun lama terbengkalai, akibat banjir yang teruk pada bulan disember 2010 dan awal januari 2011 baru-baru ini. Dengan air mencecah paras lutut, tidak tahu nak uruskan macam mana, terpaksa tunggu air surut, barulah dapat meneruskan kerja, memasukkan pasir ke dalam reban, untuk meninggikan sehingga satu kaki.

Walaupun banjir sudah reda, hujan pun tak berapa nak turun dah, tanah laluan untuk lori bawa pasir dah kering, pagar dan siap dibuka, laluan dan siap ditambun, tiba2 datang plak satu lagi cabaran. Tuan tanah untuk laluan lori pasir  (jiran yang baik hati) tidak benar lalu plak, dia tak bagi sebab takut simen yang baru diturap pertengahan bulan disember lalu, pecah dan rosak. kami berjanji akan menggantikan semula simen tersebut sekiranya pecah (duk tengok lori dia ok jer duk atas simen tuu), tapi tetap tidak dapat,. itu sahajalah satu2nya laluan paling dekat untuk kami bawa masuk pasir ke dalam reban.

Bila dah jiran yang budiman itu tidak benarkan, kami redho ajerlah,dah hak orang tak kan kita main redah jer (kamipun ada akhlak berjiran jugak..!!!). Asalnya, tanah yang kami gunakan untuk dijadikan kawasan ternakan arnab itu, milik bapa jiran tersebut, yang telah dijual semasa zaman kemerosotan perniagaannya pada ayah kami (sekarang ni, bapanya dah selang lenang), kami plak tak dapat nak lalu (Jual tanah kat orang, lepas tu, orang nak usahakan tanah tu, tak diberi laluan, suruh cari laluan lain yang lagi sulit dan jauh). Jadi, dengan semangat yang membara (nak EX sikit, susah or macam2 halangan sekalipun kami nak teruskan jugak, sampai berjaya).

Jadi bila dah lori pasir tak dapat masuk, kenalah parkingkan pasir tu kat depan rumah, lepas tu kena angkut dengan kereta tolok/kereta labi. Fuhhh... bukan kerja mudah tu, kene lepas 2 longkang, keluar pagar masuk pagar, laluan yang berliku dan sempit. Cuba bayangkan, 1 lori pasir, kami perlu ulang angkut 180 kali untuk habiskan pasir tu. dan kami memerlukan 6 lori pasir 1tan untuk penuhkan reban kami itu.  2minggu masa diambil untuk selesaikan sesi angkut mengankut ni. Terpaksa jugak mengupah seorang pro, bab angkut mengangku ini. Penat WEEIII!!!!

Apapun, bila dah penuh semua kawasan reban tu dengan pasir, kami boleh senyum sampai ke telinga, sambil menjeling ke rumah jiran, hang tak bagi pun, kami tetap siapkan jugak... tapi kami tak bermusuh dengan jiran kami tu. masih baik, masih bertegur sapa. Cuma hati ni, kadang2 digoda oleh SYAITAN!!! HAHAHAHA.BERSANGKA BURUKLAH DENGAN JIRAN KAMU ITU, ish syaitan ni.

Bila dah siap tambun, mula cari kayu untuk buat para, siapkan sangkar dan sistem perpaipan dan bekas makanan. Jika reban baru kami ini siap, Insyallah, ia mampu menampung 100 hingga 120 ekor induk arnab pelbagai jenis.

Alhamdulillah, jualan arnab memberangsangkan

Assalamualaikum... alhamdulillah, syukur kepada Allah taala, atas nikmat rezeki yang mencurah2 dari Allah taala. petang semalam , cik haryani dari batu buruk telah let go 2 pasang arnab kacuk, NZ white + Kampung, dan Chinchilla + Kampung. walaupun namanya kacuk, tapi semuanya sesuai untuk dijadikan arnab pedaging.

Setakat hari ini, setiap kali arnab2 baka kacuk (ibu kampung + jantan NZ white atau Chinchilla) disembelih, daging yang diperolehi lebih dari 1 kg seekor. kadang2 mencecah 1.5kg seekor, yang berusia 100 hari. Untuk peringkat awal penternakan arnab pedaging (arnab dibela untuk daging bukan hiasan), pilihan induk pejantan yang sesuai dan terbaik amatlah penting, walaupun ibu arnab itu baka kampung, tapi potensi kelahiran mencecah 7 dan 8 ekor setiap kelahiran amat2 tinggi.

Walaubagaimanapun, dalam misi memajukan industri arnab ini, kesabaran, ketahanan dan konsistensi itu amatlah penting. Jangan mudah terikut2 dengan rentak mereka yang telah lama dalam bidang ini, kita kena ukur keupayaan diri sendiri untuk membuat sebarang improvment. Jangan terlalu cepat dan jangan terlalu perlahan. Yang pasti biar ada peningkatan.

bye..

2/14/2011

TAMAN KAMI MAKIN BERKEMBANG

Assalamualaikum, kepada sahabat2 dan semua pengunjung blog taman arnab ini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran Rasul yang amat kita sayangi. jangan sekadar berarak dan bawa sepanduk sahaja, ambiklah peringatan dan pesanan yang dibawa oleh Muhammad utusan Allah sebagai panduan dalam kehidupan kita.ini ada sedikit gambar perkembangan arnab di taman kami, sekadar menjamu mata...
Sedap tidur tu, sampai tak sedar orang ambik gambar

Induk NZ White, Alhamdulillah, anak2 dia sentiasa sihat, pandai bagi susu, tapi AWAS!!! mampu mencakar dan mengigit mana2 tangan yang melintas

Tengoklah tuuu... kerja nak menerkam ajer... sabar2, nak letak makanan lah ni..


 6 budak hitam, kekenyangan. sebekas makanan tu, sekali adap jer..

Ini projek fasa 1/2 (tak masuk fasa 1 lagi), insyallah nanti ada masa kami upload gambar2 projek fasa 1

 Tak ada tempat nak bertenggek, dalam bekas makanan jugak...



 ok, ini dulu untuk kali ini.