5/14/2013

Lagi 17 Kg daging Arnab Untuk Pelantar Minyak

Jumaat lepas dapat tempahan 17Kg daging arnab segar untuk katering pelantar minyak kawasan Kertih.

Lawatang Adik-adik Dari Sek Men Kg Laut Untuk Projek Geografi

Alhamdulillah.. 2 bulan lepas ada adik2 dari sek men kg laut kuala terengganu datang melawat ke ladang arnab kami.. baru nak upload gambar...

 Pelajar putra sedang usha2 arnab.
 Yang putri tak berhenti bertanya, sampai nama arnab pun diorang tanya.
 Sedang menjamu selera, licin adik-adik ni hirup sup arnab.
Segar dari ladang, siap untuk dimasak sup.
8kg daging arnab dijadikan mi sup arnab, untuk menjamu adik2 yang datang melawat ladang arnab kami.

Daging Arnab Kami Naik Pelantar Minyak Kertih


Assalamualaikum... lama tidak menulis dalam blog arnab ni, alhamdulillah ladang arnab beroperasi macm biasa, cumanya tidak ada kesempatan untuk menulis dalam blog ni.
Sejak beberapa bulan ini, ada pembekal makanan ke catering pelantar minyak di Kertih mendapatkan bekalan daging arnab segar dari Ladang Arnab Fuhairah. Hampir 45 Kg setakat ini... Alhamdulillah  satu perkembangan yang baik untuk Ladang Arnab Fuhairah... insyallah dari masa ke semasa, permintaan daging arnab di Terengganu akan bertambah dari masa ke semasa.