6/14/2010

Pagar bocor.

Assalamualaikum... seminggu tak update taman arnab ni. untuk taman arnab kami ni, ada sedikit masalah yang berlaku. bila taman kami tu siap je, terus di transfer 13 ekor arnab2 yang dah berumur 2 bulan. penuh taman kami ni. pada petangnya ok lagi, menjelang je waktu magrib, seekor demi seekor arnab keluar dari taman. penat jugak duk kejar ke arnab ni. pelik jugak, kuar ikut mana lah arnab2 nie. yang dah tangkap tu, terus dimasukkan dalam sangkar asal nya. menjelang je isyak, yang tadi 13 tadi dah tinggal 8 ekor. aii parah ni..

Operasi mencari diteruskan, habis keliling rumah duk cari arnab, rupa2nya depa duk area sangkar depa, mungkin nak balik tidur kat tempat biasa kot, tak biase tidur kat taman terbuka macam tu. nak tak nak, tangkaplah semua arnab tu, masukkan dalam sangkar. ada 2,3 ekor dah keluar ke tepi jalan besar, duk main2 bawah pokok serai. dalam gelap2 tu, pi tangkap plak jugak arnab tu.

Tengah 2 duk tangkap arnab yang dalam lingkungan taman tu, perasanlah ada 2 lubang besar pada jaring pagar tu.. ermmm lupa plak yang arnab ni suka mengigit, kayu pun habis digigitnya, ni kan plak tali jaring tu. nanti insyallah kalau sempat, kami upload gambar2 pagar yang koyak rabak tu dalam ni.  so nak tak nak kena letak jaring besi dulu, baru boleh letak balik arnab2 ni. setakat hari ni tak baiki lagi agar2 tu. sibuk ngan projek baru plak.

Apa projek baru? Tungguu... (macam gempak jeerr)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan