6/05/2011

Taman Arnab diserang Kucing liar

Assalamualaikum.... berita terbaru dari Taman Arnab, Hampir 20 ekor anak-anak arnab yang baru lahir telah menjadi korban, dibahan oleh kucing liar yang berkeliaran. semuanya dimakan dibawah jaring, yang tinggal hanya kepala sahaja, kaki, badan, perut semua, habis dibahan kucing.

Pagi semalam, 3 ekor yang terkorban, pagi tadi 5 ekor lagi yang menjadi mangsa. Bermula dengan menarik kaki2 kecil anak arnab, kemudian badan, last2 yang tinggal kepala sahaja. 5 ekor anak chincila, 4 ekor anak NZW, yang selebihnya anak kacukan.

Penyelesaian terbaik perlu dibuat dengan segera... anak2 dari umur sehari hingga 2 minggu masih menjadi mangsa kesialan kucing tersebut... beberapa ekor telah menjadi suspek...kuning, tompok, belang2.. semua bakal menerima hukuman yang setimpal,

1 ulasan: