4/11/2011

Ulang tahun ke- 3

Alhamdulillah, hari ni kiranya ulangtahun ke-3 perkahwinan dengan isteri tercinta, anak sulong  "Amer Fuhairah" sudah masuk 2 tahun, dan sedang menunggu kelahiran anak yang ke 2, insyallah dalam bulan jun nanti, bertambahlah ahli keluarga kami. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Isteri tersayang "Tuan Maznah binti Tuan Abdullah" yang bertugas di Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, walaupun tengah sarat mengandung dan berjauhan dengan suami, masih lagi bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan aktiviti seharian.

1April lepas dah start isi borang nak bertukar ke kuala terengganu, ini kali ke 5 dah mintak tukar, tapi belum ada rezeki lagi. Harap2 kali ni dapat lah. mohon sahabat2 yang ada disini, mendoakan permohonan ini berjaya.

Macam mana nak kekalkan dan tambah rasa sayang antara suami dan isteri?:
Kepada suami @ isteri, cuba pejam mata dan rehatkan fikiran, cuba bayangkan yang isteri @ suami kita itu sudah siap dikafankan dan kita menangis, meronta dan merayu, meminta Allah taala supaya isteri @ suami kita itu dihidupkan semula, walaupun sehari, untuk kita sayang/ kasih/cinta kepada isteri @ suami kita itu. Kita bayangkan yang permintaan kita itu tidak ditunaikan oleh Allah taala, kita kecewa, menyesal dan kesal kerana tidak dapat bertemu isteri @ suami kita yang dihidupkan semula.

Selepas itu, kita buka mata kita, kita lihat isteri @ suami kita rupanya masih hidup, masih sihat dan berada dihadapan kita... maka terus dan teruslah kita mengasihi si dia.

Selamat ulang tahun ke-3 buat isteri tercinta "Padahal dia yang sms kita tadi, kalau tak tak ingat jugak..hehehe"
wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan