3/01/2011

Masak-masak arnab

Daging Arnab Rendang Kicap Berempah



Bahan - bahan :

600 g daging arnab
1/2 cawan kicap pekat
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh jintan manis - digiling
1 sudu teh jintan putih - digiling
3 sudu besar ketumbar - digiling
6 ulas bawang merah - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
2.5 sm halia - digiling
3 sudu besar gula
1 biji bawang besar
(dipotong bulat)
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA:
  1. Daging dipotong kecil-kecil dan toskan.
  2. Kemudian gaulkan daging bersama dengan bahan yang telah digiling, kicap dan gula.
  3. Perapkan selama 1/2 jam.
  4. Panaskan minyak dan tumis daging tadi dan setelah empuk masukkan garam. Jika daging tadi agak keras masukkan sedikit air dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Setelah masak angkat dan hidangkan.


Kari Pedas Daging Arnab

Bahan - bahan :

1.5 kg daging arnab
2 biji bawang besar - digiling
7 biji buah keras - digiling
1.5 sm kunyit - digiling
3 batang serai - digiling
1.5 sm langkuas - digiling
3 ulas bawang putih - digiling
15 tangkai cili kering - digiling
1 sudu teh serbuk biji sawi
1.5 kg ubi kentang - dibelah empat
2 biji cili hidup - dibelah dua
1cawan minyak masak
1 cawan air
1 sudu besar cuka
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi dan bahan yang telah digiling sehingga mengeluarkan aromanya.
  2. Selepas itu masukkan air bersama dengan ubi kentang yang telah dibelah empat.
  3. Setelah agak empuk, masukkan pula daging yang telah dipotong .
  4. Apabila daging telah masak, masukkan cili, garam dan serbuk perasa secukupnya

Inti Karipap Daging Arnab

Bahan - bahannya :

600 g daging arnab (dicincang halus)
2 sudu besar jintan manis - digiling
3 cm halia - digiling
4 ulas bawang putih - digiling
5 ulas bawang merah - digiling
300 g bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit daun bawang dan daun sup
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi untuk menumis

Cara Membuat :
  1. Tumiskan bahan-bahan yang digiling sehingga bangkit aromanya.
  2. Masukkan daging dan setelah dikacau rata masukkan pula sedikit air untuk mengempukkannya.
  3. Apabila daging sudah masak dan sebati, masukkan bawang besar dan kacau sehingga rata.
  4. Setelah masak, angkat dan taburkan dengan daun bawang serta daun sup.

Bahan-Bahan :

1 kilo daging arnab - digoreng ½ masak
1 kotak santan

Bahan A :

6 tangkai cili merah)
2 batang serai )
2 labu bawang besar )
2 ulas bawang putih ) dikisar halus
1 inci halia )
1 inci lengkuas )

Bahan B :

½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan kismis
Sayur Campuran
2 helai daun kunyit

Sedikit minyak, garam dan gula

Hiasan :

Daun bawang/sup

Cara :
  • Tumis bahan A.
  • Bila wangi, masukkan bahan B.
  • Bila bahan B sebati dan sedikit masak, masukkan arnab yang ½ masak tadi.
  • Masukkan daun kunyit dan santan.
  • Bila didih, masukkan sayur campuran.
  • Masukkan kismis, garam, gula secukup rasa.
  • Bila telah naik minyaknya, angkat dan hidangkan dengan ditabur daun sup/bawang.

Tambahan :

Boleh dimakan dengan nasi, pulut kuning atau roti.

Sup Kepala Arnab

Selalunya kepala arnab (yang sudah disembelih) akan dibuang sahaja. Tetapi, di restoren eksotik di salah satu wilayah di China menggunakan kepala arnab dalam masakan mereka. Kepala arnab juga dikatakan berkhasiat untuk melegakan Demam Malaria (Buku 1001 Petua Orang Lama). Jadi, pada hari ni saya memberikan resepi 'Sup Kepala Arnab'

Bahan-Bahan:

1 kepala arnab (bagi orang Islam, pastikan arnab itu sudah disembelih mengikut syara')
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 cawan air
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar :

2.5 cm Halia
2 labu bawang merah
8 biji bawang putih

Untuk Hiasan :

Bawang Goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang

Cara Memasak:

Buang kulit, bersihkan dan belah (potong) dua kepala tersebut sehingga nampak otaknya. Kemudian ketepikan. Masukkan air dalam periuk. Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga layu. Besarkan api. Masukkan kepala arnab & bahan perasa selebihnya. Rebus sehingga rata kuningnya, kemudian kecilkan api. Masukkan air, ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga kepala arnab & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Taburkan atasnya dengan bawang goreng, daun bawang & daun sup. Boleh di minum sahaja atau makan dengan nasi. Sangat sesuai untuk mereka yang demam (malaria) dan rasa lemah badan.

Dipetik dari Blog: Badrulzamani

Nutrisi pada daging arnab.

Nutritional Value of Rabbit Meat:
by Robert Oni


Average Nutritional Content of Rabbit meat is:

Calories – 300g (18% from Fat, 82% form protein & 0% from
Carbohydrate);

Total Fat – 4.1g (2.3g Lipid Fat, 0.7g

Saturated Fat, 0.6g Monosaturated Fat, 0.4g polysaturated Fat
& 86mg Cholesterol;

Sodium – 40mg; Carbohydrate – 0g; Dietary Fat – 0g; Sugar – 0;

Protien – 41.9g,
Calcium – 12mg;
Water – 58.9;
Ash – 1.1;
Alcohol & Caffeine – 0.

Nutritional Value of Edible Meats:

Rabbit (% Protein – 20.8, % Fat – 4.5, Calories/Ib – 795)
Veal (% Protein – 19.1, % Fat – 12, Calories/Ib – 840)
Chicken (% Protein – 20.0, % Fat – 17.9, Calories/Ib – 810)
Turkey (% Protein – 20.1, % Fat – 20, Calories/Ib – 1,190)
Lamb (% Protein – 15.7, % Fat – 27.7, Calories/Ib – 1,420)
Beef (% Protein – 16.3, % Fat – 28.0, Calories/Ib – 1,440)
Duck (% Protein – 16.0, % Fat – 28.6, Calories/Ib – 1,015)
Pork (% Protein – 11.9, % Fat – 45, Calories/Ib – 2,050)


The flavor of rabbit meat is what actually draws people to it.

Its organoleptic properties are tenderness, and juiceness. Its
flavor is not strong; it is comparable to the taste of turkey. Its is a
white meat and it has been found to provide good health and
prevent excess fat, heart diseases, high cholesterol, high blood
pressure, diabetics and cancer among those who eat it.

Robert Oni
African Exports - African-Exports.lyonscraft.com

Stew arnab bercendawan


Bahan-Bahan:
1 ekor arnab (lebih kurang 1.2kg) dipotong 16
½ cawan cendawan butang dibelah 2
½ cawan cendawan hitan kering dibelah 2
1 cawan cendawan putih di racik
1 batang lobak merah dipotong serong
2 biji kentang dibelah 6 3 biji bawang besar dibelah 4
1 cm halia dititik
sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang

Cara: 
1. Panaskan minyak sedikit, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang serta halia.
2. Masukkan daging arnab. masukkan sedikit air. biar 5 ke 10 minit.
3. Masukkan Lobak, kentang. biarkan seketika.
4. Masukkan cendawan, bawang, sos tiram dan bahan perasa.
5. tutp periuk dan biarkan hingga daging arnab masak.  

Cadangan Hidangan: Taburkan cili merah yang dihiris.  
Tambahan: Sedap dimakan bersama nasi panas.

Kaki kencing II

Ni kaki kencing no 2. Asalnya dia ok jer, tak adalah nak pancut air kencing dia sesuka suki. Tengah hari semalam, balik jer dari klinik, terus gi ambik gambar arnab2 yang baru lahir, tanpa disedari, srapppp... habis seluar slack, kemeja, selipar, betis kene simbah di air kencing dia. Dah start nak buat nakal lah tu, kalau tak ingat yang dia ni baru kene cucuk 2 minggu lepas, mesti dah diSUPkan dah ni.
 Comot lagi nakal.
 Bila di fikir2 balik, kenapa arnab2 yang dilepas atas tanah, tanpa pasangan hidup(arnab betina) suka pancutkan air kencing ke orang. Ada beberapa kemungkinan, yang pertama, mungkin mereka2 ni bertindak untuk mengawal kawasan dia, dari dicerobohi, pantang arnab jantan lain lalu di kawasan dia, dia akan kejar dengan semangatnya. Yang kedua, mungkin dia stress, tak ada arnab betina yang bersama-sama dengan dia sebagai pasangan hidup. dan yang ketiga, mungkin itu cara dia nak bermanja dengan pengunjung2 di taman arnab kami ini.

Nak jumpa ramai lagi kaki2 kencing kat Malaysia ni, time Pilihan raya kecik, sekarang ni di Merlimau dan Kerdau,  ramailah yang duk menjanjikan macam-macam, terutamanya bab2 kebendaan, apa bila dah menang, janji entah kemana. Batu asas yang dirasmikan, hanya tinggal batu. Rakyat yang jadi mangsa, itulah keadaannya kalau pemimpin suka KENCING rakyat. Berjanji sebelum dapat, sudah dapat, pandangpun tidak.

Tingkat 1 HSNZ (wad bersalin)

Assalamualaikum..ni ada gambar kelahiran baru dalam minggu ni... selamat menjamu mata.
 Ini baru nak masuk seminggu, mujur tak beranak atas tanah, sempat letak dalam sangkar. ibupun selalu bagi susu.
 Ini anak Chincila, baru 3 hari lepas ni, 3 ekor, anak sulong.
 Ini campur, seekor chincila, 4 ekor NZ dan 2 ekor kg. ibu muda chincila yang ni, tak nak cabut bulu, asyik kencing jer kat anak2 dia. semua ni dah diagih2kan pada dua lagi ibu chincila yang baru beranak.
 Ini yang kacuk, 7 ekor semuanya, alhamdulillah, walaupun first time bersalin, ibu dia memang expert dah buat persiapan.
 Ini ibu yang gambar anak arnab yang kat atas sekali tu, sedang berehat.
Ini ibu chincila yang ketiga beranak, 3 ekor jugak. Anak sulong.
 Ini plak baru beranak pagi tadi, 6 ekor anak dia, tapi mati 2 ekor. Tak ada tanda2 nak beranak pun petang semalam, tiba2 pagi tadi tergolek 6 ekor. Inilah ibu yang paling produktif, setakat berada ditaman arnab kami ni, anak yang dilahirkan melebihi 40 ekor. Tahniah2..
Ni anak2 nya. merah2 lagii...