3/22/2011

Ancaman Radioaktif penduduk di Kuantan, Pahang?


"Dedahkan segala maklumat loji Lynas, kata bekas pakar geologi
Oleh Shannon Teoh - The Malaysia Insider March 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.

Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.

Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.

Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai "rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu."

"Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek," kata beliau.

Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.

Bagaimanapun, Wong BERKATA MENURUT TULISAN AKHBAR AMERIKA SYARIKAT ITU LOJI TERSEBUT AKAN MEMPROSES 10 KALI GANDA NADIR BUMI DAN BOLEH MENYEBABKAN JUMLAH SISA PEMBUANGAN RADIOAKTIF DALAM JUMLAH YANG BANYAK.

"Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah," katanya lagi.

Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.

Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: The Malaysia Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan