3/23/2011

Projek tambah sangkar I

Assalamualaikum... ada seorang sahabat, nak belajar buat sangkar arnab secara komersial, tak sempat nak lakar atas kertas cara2 dan kaedah nak buat sangkar komersial ni... setakat yang kami praktis n berjinak2 dengan ternakan arnab ni, ada beberapa perkara yang penting perlu dititik beratkan untuk sangkar arnab komersial: 
1. Jangka hayat sangkar arnab. ( Anggaran boleh mencecah 8tahun)
2. Tahan karat, tidak mudah bocor atau mudah tercabut di gigit arnab
3. Flexible, mudah dialih dan senang diuruskan.
4. Senang dicuci
5. Tidak mudah hangus jika dilayur dengan api.
6. Tidak mudah menakung najis atau air kencing yang boleh menyebabkan berkulat dan busuk. 
7. Murah dan material yang mudah di cari.
Ini antara sample sangkar yang telah disiapkan, dengan setiap baris panjangnya 10 kaki, lebar 2 kaki, dan tinggi 16 inci. Ada banyak pendapat berkenaan saiz sangkar yang diperlukan untuk seekor induk arnab dewasa. Bila ditanya pada mereka2 yang menjalankan kursus menternak arnab secara komersial, ukuran yang diberikan ialah, 2kaki X 2kaki X 1.5kaki. Bila kita bina sendiri sangkar, dan bercita-cita nak menjadi pengusaha arnab secar komersial, kita akan dapati saiz 2kaki X 2kaki X 1.5 kaki kurang praktikal. besar dan banyak kos yang diperlukan untuk sebuah sangkar.

Walaupun pengalaman setahun jagung dalam aktiviti penternakan arnab ni, ini kesimpulan yang boleh dibuat. Dengan panjang sebaris sangkar ialah 10 kaki. hanya 5 sangkar atau 5 induk yang dapat diisi dalam sebaris sangkar. jika kita menggunakan sangkar bersaiz 2kaki X 1.5kaki atau 17 ini. kita akan dapat lebih kurang 7 ruang sangkar. Bila sebut komersial kita perlukan sangkar yang banyak dan effesien sifatnya.

Ada pengusaha arnab mempertikaikan berkenaan saiz sangkar yang tidak memenuhi standart (saiz sangkar mestilah 4 kali ganda saiz arnab). jika kita lihat dalam You tube. sangkar2 arnab yang dibuat untuk industri or komersial ni, sangat sempit dan mungkin 2 atau 3 kali ganda saiz arnab sahaja.
walaubagaimanapun, atas masing2 pengusaha. mana yang paling menjimatkan nak effisien itulah yang diutamakan. so layan video menarik industri bulu arnab di negara China. 18 SG

siri projek  tambah sangkar akan bersambung...


1 ulasan: