3/15/2011

Berita Harian, Mintak maaf? Memang dah tabiat macam tuu..

"MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu. Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan. 


Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun."

Ilustrasi yang kurang ajar, kalau akhbar2 lain, mesti kena dakwa macam-macam, akta mesin cetak lah, tidak sensitiflah, provokasilah, berkauman lah. Berita hairan ni, no hal, mintak maaf macam gitu jer, lepas ni buat lagi. Sebab dah terbiasa sangat sebelum2 ni, duk provokasi dan sebab dakyah, selamat sebab akhbar pemerintah. Nasiblah lah labuu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan