3/26/2011

Rekod baru pada malam jumaat...

Assalamualaikum... malam jumaat baru ni, rekod baru di taman arnab kami telah tercipta. 10 ekor anak arnab dalam satu kelahiran. Asalnya, ibu dalam gambar kat bawah ni, letak bulu n surat khabar luar dari bakul. habis jatuh ke bawah bulu2 dia. 2hari dia bagi hint nak beranak, tunggu punyer tunggu tak beranak2 jugak. 
Pukul 12 malam jumaat baru ni, gi usha2 tengok kalau2 dah beranak, sekali tengok dah beranak dah... semua anak dia duk atas jaring, tak ada seekor pun duk dalam bakul, semua kesejukan, mungkin dah 3 @ 4 jam beranak. Mula 2 bilang ada 7 ekor. bila suluh dengan lampu, ada 2 ekor bawah bekas makanan, seekor lagi celah bakul, semua sekali jadi 10 ekor. Alhamdulillah... layanlah gambar ibu n 10 ekor anak yang segar2 semuanya.
 Baik jer posing bersama anak-anak dia.
 Sekali dia lompat keluar laa.. semasa mengadung, berat ibu ni mencecah 3.5 Kg.
 Sedap tidor tu, bertindan-tindan
Kita selerak-selerakkan skit.. bagi nampak 10 ekor.

"Rezeki itu datang dari Allah taala, atas kita sama ada mahu menuruskan dengan baik atau tidak"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan