3/13/2011

Pengajaran untuk semua...

Amat Mudah bagi Allah melakukan ini semua. Subhanallah!
Apakah kita masih ingin berfikir melihat keadaan yang berlaku...!
Orang Jepun khususnya seharusnya selepas ini perlu mencari...
Teknologi canggih yang mereka kreatifkan itu... Seharusnya ada Yang Maha Hebat lagi...
Kita doakan semua selepas ini agar selepas peristiwa ini...
maka berbondong2lah 'orang matahari terbit' mencari Pencipta Yang Hakiki. InsyaAllah!










 
Kita yang kononnya merasakan tidak berdosa, sebab tidak ditimpa bala (gempa bumi, banjir besar, gunung berapi, puting beliung, thunami, dan macam-macam lagi bencana alam)... kita lupa atau tidak perasan, bencana yang lebih dahsyat sedang menimpa kita. Buang bayi, Zina, Hiburan melampau, rasuah, anak derhaka pada ibubapa, isteri derhaka pada suami, pemerintah pecah amanah, jenayah meningkat dan macam2 lagi masalah sosial. Lebih dahsyat dan lebih lama kesannya, sampai ke anak cucu.


Bencana yang menimpa Jepun, mungkin membuatkan masyarakat dunia terutamanya orang Islam, merasa gerun dan takut akan kekuasaan Allah taala. Tetapi, bencana yang menimpa masyarakat kita hari ni, membuatkan kita makin jauh dan lalai dari Allah taala.  Sama2 kita merenung bencana yang telah menimpa Jepun, kita implimentasikan kesedaran dan keinsafan kita di tanah air kita sendiri. 

* Jom layan lagu maher zain "open your eyes" di vedio bar sebelah kanan ni, hayati lirik dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan