3/30/2011

Adakah Pemuda Iran Kuat Kerana Tongkat Ali














Pertandingan lelaki tergagah dianjurkan di pulau Qeshm, Teluk Parsi baru-baru ini. Rouhollah Dadadhi dari Iran menjuarai pertandingan dengan 125 poin. Moslem Darabi, juga dari Iran dan Krzysztof Radzikowski dari Poland mendapat tempat ke-2 dan ke-3 dengan markah terkumpul 123 dan 117.

Sebenarnya dalam kalangan Syiah, terdapat paling-paling dua lelaki gagah yang sering mereka rujuk. Iaitu Saidina Ali yang diyakini telah mencabut pintu kota Khaibar dengan sebelah tangan, lalu merobohkan benteng Na'im. Dan tentu yang sangat-sangat tersohor anakanda Saidina Ali, rembulan Bani Hashim - Abal Fadhil Abbas. Saya difahamkan ada doa khusus dibaca oleh orang Syiah untuk menjadi gagah. Maksud saya, emmm betul-betul gagah!
 
Sumber: tehranifaisal.blogspot.com

Beranak lagi..9 ekor kali ni

Layan gambar ajer lah yer..



Apa yang kita bayangkan dan fokuskan itu yang kita dapat...

Assalamualaikum... baru sekejap dengan program di radio IKIM.FM bersama Prof Mohaya... menarik dan berkesan. disini nak sebut kesimpulan dari perbincangan diradio IKIM tadi...

Cuba kita pejam mata, renung dalam2, bayangkan dan fokuskan siapa atau apa yang kita kita mahu, dan lontarkan kasihsayang dan semangat kepada yang kita bayangkan itu. Setiap hari kita buat macam tu... lama kelamaan, ia akan datang menghampiri kita.

Kalau kita sebagai pekerja, bos kita sangat garang, kita pejam mata dan kita bayangkan dan beri kasih sayang (pekerja dengan bos), rasa hormat dan nilai2 positif, maka apa yang kita bayangkan itu, kita akan dapat.

Diberikan contoh suami isteri, kalau isteri, cuba pejam mata, bayangkan suami tengah dikafankan, isteri duduk ditepi suami, menangis dan meronta-ronta, minta dihidupkan semula suami itu. lalu bila kita buka mata, kita lihat suami kita masih hidup, maka kita akan bertambah sayang dan kasih pada suami, begitu juga suami kepada isteri.

Yang pasti, sekiranya kita tunpu, kita fokus pada sesuatu benda, INSYALLAH, akan dapat mencapai kejayaan...

3/29/2011

UMAR MUKHTAR Singa Padang Pasir


Kemerdekaan merupakan impian setiap manusia. Tiada manusia yang sanggup dibelenggu oleh penjajahan dan penindasan. Apabila hal ini berlaku, manusia akan tampil memberontak dan berusaha membebaskan diri mereka ataupun negara mereka dari cengkaman tersebut. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai Umar Mukhtar, wira kebanggaan rakyat yang namanya bersemadi di dalam hati sanubari rakyat Libya hingga ke hari ini. Sedari usia muda beliau bangun memperjuangkan kemerdekaan negaranya daripada dibelenggu oleh cengkaman Itali walaupun akhirnya Umar Mukhtar terpaksa syahid di tali gantung.

Libya merupakan sebahagian daripada negara Islam yang berada pada naungan Khilafah Uthmaniyah, dan pemimpinnya pada ketika itu ialah Al Mahdi As Sanusi. Namun keadaan Daulah Uthmaniyah mulai lemah pada akhir abad 18 M, disebabkan serangan daripada Salibisme Barat dalam usahanya untuk meruntuhkan Khilafah Islamiyah dan menguasai dunia Islam. Penduduk Libya bangkit melawan penjajah, memanfaatkan sebahagian persenjataan bekas tentera-tentera Uthmani dan menyerang Itali. Namun mereka para Mujahid sangat memerlukann seorang komandan yang berani dan cerdas untuk menyatukan mereka. Dan didapatilah seorang komandan dan mujahid yang agung, beliau ialah Umar Mukhtar.

RIWAYAT HIDUP
Beliau ialah Umar Mukhtar bin Umar Al Manfy, seorang yang paling terkenal sebagai mujahid di Tripolis Barat dalam menentang penjajah Itali. Dilahirkan di Al Bathnan iaitu di Burqoh pada tahun 1862 M daripada kedua-dua orang tua yang saleh, ayah beliau meninggal dunia ketika pergi ke Hijaz dalam perjalanan Ibadah Haji. Beliau belajar di daerah Sanusiah ( di Jaghbub ), Muhammad Al Mahdi sebagai syeikhnya di daerah Qusyur di Jabal Akhdhor dekat Miroj. Kemudian beliau bersama syeikhnya pergi ke Sudan tahun 1312 H (1894M), dan tinggal di Kalak sampai tahun 1321 H (1903M), kemudian kembali kepada syeikhnya di Barqoh di daerah Qusyur dan tinggal di sana hingga tentera Itali dapat merebut Ben Ghozi tahun 1329 H. Pada tahun 1340 H terjadi perdamaian antara penguasa Itali dan penguasa Tripolis Barat, maka terjadilah perselisihan antara pemimpin Tripolis dengan Burqoh dan mereka berlepas tangan dalam menghadapi tentera Itali. Mulailah Umar Mukhtar bangkit memimpin mujahidin. Semua kabilah bersepakat untuk mengangkatnya sebagai komandan bahkan pemimpin tertinggi bagi mujahidin yang bermarkas di Jabal Akhdhor.

Umar Mukhtar membesar dalam ketaatan kepada Allah, beliau hafal al qur'an umurnya belum genap 13 tahun. Beliau juga mendalami Syari'ah Islamiyah sebagaimana mendalami sirah para sahabat nabi tentang kepahlawanan mereka di medan pertempuran. Sepanjang hidup beliau dijalani dalam ketaqwaan kepada Allah, beliau juga mempunyai semangat jihad yang tinggi demi mempertahankan Islam dari dinodai. Untuk itu beliau dipilih oleh pemimpin Libya sebagai Kadi di daerah Qusyur.

JIHAD UMAR MUKHTAR
Akibat kebencian dan kemarahan yang meluap-luap, rakyat Libya segera bangkit mempertahankan tanah air mereka. Umar Al Mukhtar diarahkan untuk mengetuai pertempuran. Beliau mengatur strategi dengan membentuk satu pasukan tentera yang digelar tentera Mujahidin dengan bersumberkan cukai yang meliputi cukai binatang ternakan dan bijirin. Rakyat Libya membantu pasukan Mujahidin dengan makanan, tentera dan bekalan senjata.

Walaupun selepas beberapa tahun berjuang Itali berjaya menawan Libya, namun pada peringkat awal mereka tidak dapat berbuat demikian kerana pejuang Mujahidin Libya seperti Umar Mukhtar dan para pengikutnya memberikan tentangan yang begitu hebat kepada tentera Itali. Mereka meninggalkan rumah dan bergerak menuju ke kawasan pergunungan untuk merancang dan melancarkan serangan terhadap tentera Itali. Umar Mukhtar bertanggungjawab menyusun gerakan tenteranya di Gunung Hijau (al-Jabal al-Akhdar), Timur Libya dan melancarkan serangan terhadap Itali selepas Perang Dunia 1. Pasukan Mujahidin menyerang tentera Itali di atas puncak bukit, hutan dan lembah Gunung Akhdar.

Apabila Itali berasa bahawa mereka sukar untuk menghadapi tentera Mujahidin dan mungkin kehilangan Libya kepada pihak Mujahidin, pihak berkuasa Itali menghantar salah seorang pegawai tertinggi mereka, Badolio. Badolio menggunakan kaedah yang tidak berperikemanusiaan untuk menamatkan penentangan. Dia bukan hanya mengetuai penentangan terhadap Umar Mukhtar dan pengikut-pengikutnya, tetapi turut bertindak menghukum penduduk-penduduk yang tinggal di bandar dan di desa dan menuduh mereka membantu tentera Mujahidin Libya. Di samping Badolio, kerajaan Itali yang diketuai oleh Mussolini turut menghantar Rodolfo Grasiani unttuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Semasa Libya di bawah Grasiani, beribu-ribu rakyat Libya yang tidak berdosa sama ada tua, muda, perempuan, dan kanak-kanak dibunuh secara kejam. Mussolini mengarahkan Grasiani melakukan apa-apa sahaja bagi menghadapi penentangan rakyat Libya.

Grasiani bersetuju ke Libya jika Mussolini membenarkan dia melakukan apa-apa yang di suka, termasuk membelakangi undang-undang yang sedia ada. Sebelum pergi ke Libya, terlebih dahulu pegawai yang kejam ini berkunjung ke Morj, Switzerland untuk bersuka ria dan pada masa yang sama merancang serangan bunuh terhadap rakyat Libya dengan berpandukan kepada motto yang dipegang oleh Mussolini, "Jika anda tidak bersama saya, anda menentang saya!" Ini bermakna satu cara terbaik untuk menawan negara tersebut dan mengawal rakyatnya adalah dengan membunuh! Akibatnya, semasa Libya berada di bawah penjajahan Itali, ramai daripada rakyatnya telah dibunuh dengan kejam. Kaum lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak telah dizalimi dan dibunuh sama ada dengan menembak mereka, menggantung mereka di khalayak ramai dan membunuh secara tidak langsung iaitu dengan membiarkan mereka mati kelaparan, dan tidak diberi ubat apabila mereka sakit. Tindakan-tindakan kejam ini dilakukan demi untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka berkuasa dan mampu menceroboh dan menawan negara lain, sama seperti kuasa-kuasa lain di dunia.

Perancangan Grasiani ialah memencilkan Libya sepenuhnya dan menghalang sebarang hubungan secara langsung atau tidak langsung antara Mujahidin Libya dengan jiran-jiran mereka yang selama ini membekalkan mereka dengan senjata dan maklumat. Grasiani telah membina tembok berwayar yang panjangnya sejauh 300km, tingginya 2 meter dan 3 meter lebar, bermula dari Pelabuhan Bardiyat yang terletak di utara Libya hingga ke Al-Jaghoub di Tenggara Libya, Perancangan beliau yang kedua ialah membina kem tahanan berpusat di Al-Aghaila, Al-Maghroun, Solouq dan Al-Abiyar.

Pada penghujung November 1929, semua rakyat Libya tinggal di khemah di al-Jabar al-Akhdar, Mortaf-Aat Al-Thahair, dari Utara Beneena hingga ke Ash- Shlaithemiya Selatan, dari Tawkera hingga ke selatan padang pasir Balt Abdul-Hafeeth. Semua penduduk daripada mana-mana kabilah, dipaksa meninggalkan tanah dan rumah mereka untuk sama-sama tinggal di kem tahanan berpusat. Kehidupan yang sangat menyedihkan di dalam kem tahanan seperti kelaparan dan berpenyakit telah menyebabkan beribu-ribu rakyat Libya menemui ajal mereka. Mereka yang dipercayai membantu pasukan Mujahidin telah digantung dan ditembak. Lebih 100,000 orang telah dipaksa ke kem tahanan di kawasan Baraqa. Daripada jumlah itu hanya 35,000 orang yang berjaya meneruskan kehidupan.

Pasukan Mujahidin tetap berjuang menentang pendudukan Itali. Umar Mukhtar tetap teguh dengan pendiriannya. Beliau sekali-kali tidak akan menyerah atau berputus asa. Beliau meningkatkan penentangan di Gunung Akhdar. Suku kaum dari daerah yang berhampiran turut menyertai beliau dalam perjuangannya.

Akan tetapi pada tahun 1931, pihak Mujahidin kehabisan bekalan makanan, maklumat dan bekalan senjata. Umar Mukhtar yang pada ketika itu telah berumur 80 tahun telah jatuh sakit beberapa kali. Ramai pengikutnya meminta beliau menggantung senjata dan meninggalkan negara tersebut. Beliau begitu marah apabila dinasihatkan meninggalkan perjuangannya selama ini dek kerana usianya yang sudah lanjut. Tetapi dengan semangat yang teguh beliau terus meneruskan perjuangan membebaskan negaranya. Atas dasar itu beliau telah digelar "Singa Padang Pasir".

TAWARAN TERHADAP UMAR MUKHTAR
Pihak Itali yang menyangka bahawa Umar Mukhtar boleh dibeli telah menawarkan beliau elaun sebanyak 50,000 lira Itali sebagai pertukaran untuk beliau menandatangani perjanjian perdamaian. Namun, beliau enggan dengan berkata bahawa pendiriannya tetap teguh dan jitu. "Kita mempunyai sunnah Nabi Muhammad yang boleh membimbing kita dalam jihad kita," kata beliau memberikan kata-kata semangat kepada pengikut-pengikutnya.

Mereka juga berusaha merayunya dan memberi tawaran untuk dipilih sebagai wakil hakim Itali, akan diberi kedudukan yang tinggi, wang 100,000, dan akan dibangunkan istana yang megah dikelilingi kebun yang luas, namun komandan Muslim ini telah memilih akhirat dibandingkan dunia yang fana ini serta menolak semua tawaran tersebut.

Kemudian Itali berusaha dengan cara yang lain, iaitu dengan menawarkan perjanjian damai. Namun Umar Mukhtar dan para Mujahidin tidak mengenal penyelesaian seperti ini, yang mereka inginkan hanyalah kemuliaan Islam dan membebaskan tanah air mereka, lalu mereka menetapkan tiga syarat:

1. Itali hendaklah mengakui bahawa bahasa Arab adalah bahasa rasmi Negara. 2. Mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi Negara.
3. Komandan-komandan tentera Libya hendaklah terdiri daripada orang Libya sendiri.

Itali menolak syarat-syarat tersebut dan gagallah jalan perdamaian ini. Berita tentang keberanian para Mujahidin ini sampai di media massa Eropah, maka pemerintah Itali marah kepada pasukan Itali yang berada di Libya. Justeru, mereka mendatangkan bantuan tentera daripada luar untuk mencabut akar-akar perjuangan Islam daripada bumi Libya.

SYAHIDNYA UMAR MUKHTAR

Dalam usaha memerangkapUmar Mukhtar dan pengikutnya yang terperangkap di Gunung Akhdar, kerajaan Itali telah mengarahkan sempadan Mesir, Chad dan Sudan ditutup. Peristiwa ini dipanggil Italy Holocaust di Libya. Pada 12 September 1932, dalam satu misi pengintipan tentera Itali, dan selepas berlakunya satu pertempuran yang sengit, Umar Mukhtar dan pasukannya telah diserang dan ditangkap. Kira-kira 40 orang pengikutnya telah terbunuh. Hanya beliau yang terselamat dan telah diserahkan kepada Komandan tentera Itali. Semua mereka tidak mengetahui bahawa tawanan mereka ialah Umar Mukhtar. Apabila telah diketahui, beliau dikirim ke Sausah dan dipenjara selama empat hari. Ketika ditanya apa yang beliau kerjakan, maka beliau menjawab dengan tegas tanpa rasa takut dan berkata kepada tentera-tentera Itali : " Penangkapan ke atas diri saya hanya semata-mata kehendak Allah Azza Wajalla dan aku telah menjadi tawanan kalian, maka Allah sajalah yang mengatur segala urusan, sedang kalian dengan posisi kalian itu, berbuatlah semahu kalian terhadapku. Maka harus diketahui bagi kalian bahawa aku sekali-kali tidak akan pernah pasrah untuk taat kepada kalian".

Umar Mukhtar telah ditawarkan pengampunan dalam usaha menukar pendirian beliau dan pengikut-pengikutnya agar menghentikan perjuangan. Tetapi tawaran itu telah ditolak oleh Umar Mukhtar dengan tegas. Beliau bersedia untuk menghadapi perbicaraan pada 15 September 1931. Perbicaraan itu merupakan suatu perbicaraan yang tidak adil yang hanya mengambil masa selama 75 minit. Hasil perbicaraan itu, Umar Mukhtar telah dijatuhkan hukuman mati. Peguam belanya menuntut hukuman penjara seumur hidup dengan alasan umurnya yang sudah tua. Namun mahkamah membuang nilai-nilai kemanusiaan dan memutuskan hukuman mati kepada beliau. Ketika mendengar keputusan itu beliau terima dengan lapang dada.

Hukuman mati itu berlangsung pada 16 September 1931 di bandaraya Solouq di hadapan 20,000 rakyat Libya. Hukuman mati yang dikenakan terhadap Umar Mukhtar telah dilaksanakan tanpa menimbangkan usianya yang telah lanjut dan tanpa mengikut undang-undang antarabangsa dan perjanjian semasa peperangan. Namun sewaktu hendak di tali gantung jelas kelihatan ketenangan di raut wajah Umar Mukhtar. Beliau sempat bersembahyang sunat sebelum dihukum gantung. Sebelum tali gantung dikalungkan kelehernya, beliau memandang kepada pengikutnya seraya berkata kepada mereka : "Wahai para Mujahidin ! janganlah kalian berputus asa daripada rahmat Allah, kerana Allah akan menolong kalian daripada penjajah perampas ini, dan Allah akan menolong Islam dengan kalian. ! ".

Tepat pada jam sembilan pagi hari Rabu tanggal 16 September 1931 M, Itali melaksanakan hukuman gantung kepada pahlawan ini, dan diletakkanlah tali gantungan di lehernya. Selepas dihukum gantung, Umar Mukhtar yang dianggap simbol pembebasan dan jihad Libya dengan segera telah dikebumikan di Ben-Ghazi. Makamnya telah dikawal dengan rapi oleh tentera Itali.

Kematian Umar Mukhtar telah mencetuskan bantahan daripada negara Arab dan negara Islam. Rakyat mengadakan demonstrasi jalanan dan sembahyang jenazah untuk beliau telah diadakan. Kematian Umar Mukhtar telah menyebabkan pergerakan pembebasan di Libya hilang arah tujuannya. Hal ini telah memudahkan kerajaan Rom mengisytiharkan Libya diletakkan di bawah pemerintahan tentera Itali pada 24 September 1932. Penguasaan Itali terhadap Libya berterusan sehingga Itali tewas dalam Perang Dunia Kedua dan Libya diletakkan di bawah penyeliaan Tentera Bersekutu sehingga 24 Disember 1951, apabila Libya mencapai kemerdekaan selepas beberapa tahun dijajah.

PENGHARGAAN KEPADA UMAR MUKHTAR

Walaupun Umar Mukhtar telah meninggal dunia, jasa, perjuangan dan pengorbanannya menentang penjajahan telah menjadi inspirasi dan sentiasa bersemadi di dalam hati rakyat Libya mahupun masyarakat Arab dan Islam hingga ke hari ini. Lantaran itu, sebagai penghargaan kepada Umar Mukhtar:

• Libya mengisytiharkan kemerdekaannya pada 16 September, tarikh Umar Mukhtar dihukum gantung.
• Pada ulang tahun ke 56 kematian Umar Mukhtar, kerajaan Libya membina sebuah muzium untuk menunjukkan kepada rakyat senjata yang digunakan oleh Umar Mukhtar dan pengikut-pengikutnya.
• Mata wang kebangsaan Libya - dinar memaparkan gambar Umar Mukhtar.
• Pada tahun 1991, Umar Mukhtar telah dianugerahkan Yemeni Medal of Independence of The First Degree yang diterima oleh anaknya.
• Pada tahun 1940, kelab Umar Mukhtar telah ditubuhkan di Mesir. Persatuan lain juga telah ditubuhkan menggunakan namanya di seluruh negara Arab dan negara-negara Islam.• Sebuah filem berdasarkan riwayat hidupnya lakonan Anthony Quinn telah diterbitkan.

Pesanan Muhammad Ali buat wanita


Ramai orang tanya soalan kenapa perempuan muslim kena bertudung dengan purdah atau Hijab..

Dan ini adalah jawapan yang terbaik untuk memahami kepentingan hijab.

Ikuti nasihat Muhammad Ali berikut mengenai tentang kepentingannya...

Peninju Muhammad Ali menasihati anaknya

Kejadian berikut berlaku apabila puteri Muhammad Ali pulang ke rumah dengan berpakaian yang kurang sopan. Berikut adalah cerita yang diberitahu oleh salah seorang anaknya:

Apabila akhirnya kami sampai dirumah ayah dengan di bantu oleh pemandu menghantar saya dan adik bongsu saya Laila. Seperti kebiasaan ayah akan bersembunyi di belakang pintu untuk mengejutkan kami. Kami akan berpelukan dan menukar-nukar ciuman dengan ayah semesranya seakan kami tidak berpeluang lagi.

Ayah memandang kami dengan penuh makna. Kemudian ia menyuruhku duduk di pangkuannya dan berkata sesuatu yang tidak pernah kulupakan. Ayah memandang mata kami dengan penuh pergertian dan berkata:

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Dimana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”

Ayah merenung tajam ke arah mata kami dengan berkata serius.
“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”

Petikan dari buku : More Than A hero : Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

P/S : Penulis sendiri tak pasti sama ada Hana Ali ini bertudung atau tidak tetapi kebenaran kata-katanya membuatkan penulis terfikir bahawasanya ciptaan Allah Maha Sempurna.
 
sumber: http://www.cayrul.com/

Persiapan menghadapi Gempa Bumi di Malaysia

RAKYAT KENA SEDIA HADAPI GEMPA
Kosmo 28 Mac 2011

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

Sumber: Kosmo.com.my

TITIK GEMPA HAMPIRI MALAYSIA
Kosmo 27 Mac 2011

KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

PEK KECEMASAN, BERSEDIAKAH ANDA MENGHADAP BENCANA?

Pastikan rumah dan kenderaan sentiasa tersusun tidak menghalang laluan untuk menyelamatkan diri.

CONTOH BEG KECEMASAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

Dokumen penting, geran tanah, buku bank dll

Wang tunai

Barangan kemas

Telefon bimbit

Lampu picit

Kit pertolongan cemas

Ubatan penting

CONTOH BEG BEKALAN (Beg yang senang dibawa/beg galas)

Bekalan air minima 3 liter seorang

Makanan untuk 3 hari (coklat, makanan dalam tin dan makanan segera)

Pisau/pembuka tin

Mancis, lilin

Dapur kecil dan periuk kecil

Sepersalinan pakaian, berus, ubat gigi, sabun

Baju hujan, Wisel

Selimut

Radio kecil

Plastik barangan


BEKALAN YANG PALING PENTING UNTUK UMAT ISLAM

Mahirkan diri bertayamum

Bertaubat

Buat semua yang Allah dan Rasul suruh

Tinggalkan semua yang Allah dan Rasul tegah

Amal ibadah sebagai Bekalan Alam Kubur, Alam Barzakh, Padang Mahsyar, Hari Penentuan, Hari Pengadilan.

"

Kebocoran air radioaktif di loji Fukushima merebak

OSAKA: Air dengan radioaktif tahap tinggi bocor dari satu turbin reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, sekali gus menambah kebimbangan cecair itu meresap ke persekitaran.

Pegawai Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata air terbabit yang ditemui di terowong bawah tanah yang menghubungkan reaktor nombor dua di loji berkenaan menunjukkan bacaan radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam. Dianggarkan terdapat beribu meter padu air itu di torowong terbabit. “Kami perlu memeriksa jika air berkenaan boleh mengalir terus ke laut," katanya.

Setiap bangunan turbin reaktor dihubungkan dengan terowong penyelenggaraan yang cukup besar untuk pekerja berjalan melaluinya.

Dalam kes terowong reaktor nombor dua, air berkenaan meningkat hampir satu meter ke paras atas terowong setinggi 15.9 meter itu yang terletak 55 meter dari laut, menyebabkan kebimbangan ia akan melimpah.

Semalam, paras iodine radioaktif 1,850 kali ganda daripada had yang dibenarkan undang-undang dikesan dalanm air laut beberapa meter dari pantai tetapi pihak berkuasa menolak ia memberi ancaman segera terhadap kehidupan marin dan keselamatan makanan laut.

Sebelum ini, radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam dikesan pada air dalam bangunan turbin reaktor nombor dua, sekali gus melengahkan kerja membaikpulih sistem penyejukan bagi memulihkan kawalan terhadap loji nuklear berkenaan. - AFP

Terengganu dilanda banjir... habis bangsal..

 Hujan 2 hari 2 malam, terengganu dilanja banjir dalam sekelip mata, sistem perparitan yang tidak terancang, tanah ditanbum disini sana, parit sempit, laluan terhalang dan menjadi sempit (kena blok di Taman Tamadun Islam). Bangsal kami pun habis ditengelami air, tak sempat nak ambik gambar lagi. layan dululah gambar2 ni... sekadar hiasan semata-mata.

                                                       Gambar sekadar hiasan

3/27/2011

Ibu tak pandai jaga anak..

Ini kelahiran kedua ibu arnab ni. Bulan lepas beranak 7, habis 7 ekor semuannya mati. Bulan ni, beranak lagi 6 ekor... masih tak pandai jaga anak lagi. Hobi suka kencing dalam bekas anak, habis lenjun anak2 ni kena air kencing dia. Pagi tadi dah transfer ke Ibu bulu lebat yang mati 5 anaknya. 
 Posing pun macam nak tak nak jerr...
 Anak yang sebelah kiri ni, dah mati dah. kesejukan agaknya.
Seekor dah mati, tinggal lagi 5 ekor. 3 dah pindah dah, yang lagi 2 ekor ni, kena pindahkan jugak, kalau tak semua kojol...

Ibu ni menunggu masa sahaja untuk disembelih niii...

MUSIM CIRIT DAN KEMBUNG

Assalamualaikum....

Nampak gayanya musim cirit dan kembung dan datang balik. Tahu tak kenapa??? Sensitiviti arnab terhadap perubahan cuaca secara mendadak....panas...sejuk....lembap...bahang....

Percaya atau tidak....itulah yang saya terima panggilan dan sms dari rakan-rakan. Rata-ratanya mengadu dan risau mengapa arnab mereka tiba-tiba cirit dan kembung serta tiba-tiba collapse. Dalam keadaan sekarang, tuan punya arnab kena buat kerja lebih sedikit.

Di waktu hujan dan agin dingin, jangan lupa buat penghadang angin dari guni jut tu bagi mengelakkan angin dingin dan bertiup agak deras tu dari terkena direct pada arnab. Kalau biarkan, ada harapan kembung. Manakala pada waktu siang tu jika bahang sangat, pasangkanlah kipas agak perlahan kelajuan dia bagi menenangkan arnab dan mengelakkan stress. Perubahan panas ke dingin dan sebaliknya ada memberi kesan pada kesihatan arnab.

Jika terkena cirit, jangan panik. Basuh dan lap kering duburnya serta asingkan dari arnab lain. Bagikan secarik daun pisang untuk melegakannya. Perlu diingatkan jika diperingkat permulaan cirit, silalah bagi daun pisang dengan segera. Jangan tunggu sehingga kawan tu dah lemah gemalai nak bergerak. Time tu kalau bagi ubat sekalipun, umpama memberi suntikan maut pada arnab.

Manakala, jika kembung. Ambil 8 biji pil Chi Kit, bancuh dalam setengah cawan air, dripkan ke mulut srnab setitik demi setitik. Jangan terus Crutt sekali harung......kang 'Chocking' terus KO. Satu kaedah lagi, bagikan 1 sudu kecil minyak masak.

Akhir sekali, jika ada sebarang masalah.....janganlah segan silu hubungi saya atau otai-otai seperti Newhillz, Bro Joe Medula, Bro Nizam Purplerabbit, Ery, Zafarin dan lain-lain. Insya Allah, sedikit sebanyak apa yang termampu, kami akan cuba beri panduan.....

Sumber:  http://shamzaagroproduct.blogspot.com

Dah beranak dah...

 Semalam dah pukul 12 lebih dah gi check, si bulu lebat ni dah beranak dah 8 ekor anak dia. Mati 5 tinggal 3 je.
 Ini 3 ekor je yang hidup.


Mungkin sangkar sebelum ni kecik sangat kot. itu ramai anak dia mati terpijak. ni dah tukar sangkar yang luas n selesa skit.

3/26/2011

Tunggu masa nak beranak jer ni... malam2 ni kot.


Tengah sibuk buat sarang...

Beranak lagi...

Balik tengah hari tadi, beranak lagi 2 ekor ibu arnab, masing2 dengan anak 7 ekor... jadi 14 ekorlah yang beranak pagi tadi... nanti kami upload gambar kelahiran yang baru.

Angka Korban Tsunami Di Jepun Mencecah 9,800 Orang


TOKYO: Sejumlah lebih 9,800 mangsa terkorban manakala 17,500 lagi masih hilang dalam bencana tsunami di Jepun, menurut laporan pihak polis yang dikeluarkan hari ini.

Seorang jurucakap polis dari daerah Miyagi yang terjejas teruk berkata, anggaran jumlah kematian akan meningkat sehingga 15,000 orang di kawasan itu sahaja.

mStar/-

Thailand Rasai Gempa Bumi Di Myanmar

BANGKOK 25 MAC : Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

"Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan," katanya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar terletak jauh di pedalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menjelaskan pusat gempa bumi itu terletak 1,613km dari Barat Laut Kangar, Perlis.

Kenyataan itu menambah Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini mengenai gempa tersebut.

Gempa bumi pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.

Tv Selangor/-

NZW beranak 7 dan perkembangannya.

Sabtu minggu lepas main induk NZW selamat bersalin 7 ekor anak... jom tengok perkembangan seminggu anak2 NZW ni..
 Gambar blurrr skit.. masa ni ibu dia garang skit. nak mencakar jer kerjanya.
 Merah lagi, baru 3 hari nii, tapi bulu dah mula tumbuh..
 Ibu dia, tengah garang lagi tuuu...
 Dah masuk seminggu dah... alhamdulillah sihat2 semuanya. bulu dah penuh dah...
Ibu dia dah steady dah... tak garang2 dah, bagi rehat dulu 2,3 minggu. lepas tu baru kahwinkan semula. Ini induk yang beli dengan SHAMZA AGRO PRODUCT. Dah nak masuk setahun dah kat taman kami. Ini kelahiran ke 7.

Rekod baru pada malam jumaat...

Assalamualaikum... malam jumaat baru ni, rekod baru di taman arnab kami telah tercipta. 10 ekor anak arnab dalam satu kelahiran. Asalnya, ibu dalam gambar kat bawah ni, letak bulu n surat khabar luar dari bakul. habis jatuh ke bawah bulu2 dia. 2hari dia bagi hint nak beranak, tunggu punyer tunggu tak beranak2 jugak. 
Pukul 12 malam jumaat baru ni, gi usha2 tengok kalau2 dah beranak, sekali tengok dah beranak dah... semua anak dia duk atas jaring, tak ada seekor pun duk dalam bakul, semua kesejukan, mungkin dah 3 @ 4 jam beranak. Mula 2 bilang ada 7 ekor. bila suluh dengan lampu, ada 2 ekor bawah bekas makanan, seekor lagi celah bakul, semua sekali jadi 10 ekor. Alhamdulillah... layanlah gambar ibu n 10 ekor anak yang segar2 semuanya.
 Baik jer posing bersama anak-anak dia.
 Sekali dia lompat keluar laa.. semasa mengadung, berat ibu ni mencecah 3.5 Kg.
 Sedap tidor tu, bertindan-tindan
Kita selerak-selerakkan skit.. bagi nampak 10 ekor.

"Rezeki itu datang dari Allah taala, atas kita sama ada mahu menuruskan dengan baik atau tidak"